Harian Metro

MANA NAK PARKIR?

Antara punca pemandu letak kenderaan berat di sebelah jalan raya

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

Jumlah parkir yang disediakan hanya 15 hingga 23 petak saja tetapi lori yang berhenti rehat terutama jam 4 hingga 6 pagi menjangkau 50 menyebabka­n pemandu terpaksa berhenti di lorong kecemasan. Senario ini sudah berlarutan sekian lama dan terus mengancam keselamata­n pengguna Lebuhraya PLUS terutama penunggang motosikal, lapor Izuan Shamsuddin.

Masalah kekurangan ruang parkir bagi kenderaan berat di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dikenal pasti antara punca menyebabka­n pemandu lori atau treler meletakkan kenderaan di tepi lebuh raya.

Tinjauan Harian Metro di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari Kuala Lumpur ke Rawang masih terdapat segelintir pemandu meletakkan kenderaan berat di tepi jalan berdekatan susur masuk dan keluar kawasan R&R dilaluan berkenaan, seawal jam 3 pagi.

Dianggarka­n lebih 30 lori dan treler yang meletakkan kenderaan mereka di lorong kecemasan sepanjang laluan terbabit.

Hasil pemerhatia­n dilakukan wartawan di empat lokasi membabitka­n R&R Restoran Jejantas Sungai Buloh (arah utara), Hentian Sebelah Sungai Buloh (arah selatan), R&R Rawang (arah utara) dan Hentian Sebelah

Rawang (arah selatan) mendapati ruang parkir kenderaan berat di dalam kawasan hentian rehat dipenuhi lori, treler dan bas terutamany­a hentian dari arah selatan.

Namun, jumlah kenderaan berat melebihi petak disediakan menyebabka­n pemandu terpaksa meletak lori di lorong kecemasan di tepi jalan masuk dan keluar R&R.

Harian Metro mendapati hanya terdapat 17 petak parkir di R&R Restoran Jejantas Sungai Buloh (arah utara), Hentian Sebelah Sungai Buloh (arah selatan) 23 petak, R&R Rawang

(arah utara) 17 petak dan Hentian Sebelah Rawang (arah selatan) 15 petak.

Sedangkan jumlah kenderaan berat yang memasuki R&R terutamany­a sekitar jam 4 pagi hingga 6 pagi menjangkau sehingga 50 pada waktu berkenaan.

Selain itu, tindakan pemandu kenderaan berat meletakkan kenderaan tidak mengikut susunan petak disediakan menyebabka­n petak parkir tidak dapat memuatkan kenderaan mengikut jumlah ditetapkan di setiap kawasan parkir berkenaan.

Keadaan itu membuatkan segelintir pemilik kenderaan berat terutama lori dan treler meletakkan kenderaan mereka di lorong kecemasan di susur masuk dan keluar R&R berkenaan sehingga menyebabka­n susunan kenderaan berat terbabit melebihi jarak 200 meter terutamany­a di Hentian Sebelah Sungai Buloh dan Rawang arah selatan.

Seorang pemandu lori kontena yang mahu dikenali sebagai Ambalaga, 45, ketika ditemui turut mengakui kekurangan petak parkir kenderaan berat di kawasan hentian terbabit menjadi punca pemandu lori dan treler meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan.

Dia yang lebih 10 tahun berkerja dengan sebuah syarikat perkhidmat­an pengangkut­an dan logistik berkata, kebanyakan kenderaan berat yang melalui Lebuhraya PLUS melakukan perjalanan jarak jauh bagi menghantar dan mengambil barangan.

“Sudah 10 tahun saya ulang-alik dari Pelabuhan Klang ke Bukit Kayu Hitam, Kedah bagi mengambil dan menghantar barang. Jumlah kenderaan berat yang melalui lebuh raya ini juga dilihat semakin bertambah menyebabka­n ruang parkir disediakan di kawasan R&R tidak mencukupi bagi pemandu meletakkan kenderaan untuk berehat, tidur, mandi dan makan.

“Malah, kita lihat petak parkir kenderaan berat disediakan itu bukan hanya digunakan pemandu lori dan treler saja malah turut digunakan pemandu bas yang berhenti di R&R untuk kemudahan penumpang ke tandas dan makan..

“Saya dapati kebanyakan kawasan R&R di laluan lebuhraya PLUS ini tidak mampu menampung kenderaan berat dalam jumlah yang tinggi sehingga melebihi 50 lori kontena dalam satu masa.

“Jadi, perkara itu membuatkan

segelintir pemandu terpaksa meletakkan kenderaan ditepi laluan susur masuk dan keluar R&R terbabit kerana tiada pilihan lain dan kebiasaann­ya bagi pemandu yang menghala dari utara ke selatan mereka akan berhenti di R&R Rawang atau Sungai Buloh sekiranya sampai di kawasan berkenaan awal pagi kerana perlu menunggu waktu operasi bagi gudang atau pelabuhan untuk menghantar serta mengambil muatan,” katanya.

Harian Metro sejak dua hari lalu melaporkan mengenai masalah lori dan treler yang diparkir di lorong kecemasan, di bawah jejambat dan di luar kawasan R&R tanpa ciri keselamata­n seperti lampu menyebabka­n pengguna lebuh raya lain terdedah kepada bahaya kemalangan.

Kes kemalangan maut membabitka­n pengguna lebuh raya terutama motosikal melanggar belakang lori di parkir di lorong kecemasan seperti tiada berkesudah­an dan terbaru awal minggu ini tiga bersaudara termasuk dua remaja maut apabila motosikal yang dinaiki terlanggar belakang lori yang berhenti di lorong kecemasan berhampira­n susur masuk Hospital Sungai Buloh.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN petak parkir yang penuh tidak cukup untuk menampung kenderaan berat.
KEADAAN petak parkir yang penuh tidak cukup untuk menampung kenderaan berat.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, kelmarin.
LAPORAN Harian Metro, kelmarin.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.
 ?? FOTO: ZUNNUR AL SHAFIQ ?? KEKURANGAN petak parkir di R&R Sungai Buloh menyebabka­n pemandu meletakkan kenderaan di tepi jalan raya. PEMANDU lori meletakkan lori di tepi jalan raya bersebelah­an
R&R Rawang. KENDERAAN berat diletakkan di tepi jalan berhampira­n susur masuk dan...
FOTO: ZUNNUR AL SHAFIQ KEKURANGAN petak parkir di R&R Sungai Buloh menyebabka­n pemandu meletakkan kenderaan di tepi jalan raya. PEMANDU lori meletakkan lori di tepi jalan raya bersebelah­an R&R Rawang. KENDERAAN berat diletakkan di tepi jalan berhampira­n susur masuk dan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia