Harian Metro

ADUN meninggal langgar lori

ADUN Balakong maut rempuh lori syarikat konsesi buat kerja penyelengg­araan

-

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Ng Tien Chee maut dalam kemalangan di KM11.7 Lebuhraya Grand Saga, tengah malam semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, Ng, 40, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof yang mengesahka­n insiden itu berkata, ketika kejadian Ng dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Kajang.

Kemalangan dipercayai berpunca apabila kenderaan Nissan x-Trail yang dipandu mangsa melanggar belakang sebuah lori.

“Akibat perlanggar­an itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi BERNAMA, semalam.

Ahmad Dzaffir berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk di bedah siasat.

Menurutnya, tiada sebarang unsur jenayah hasil siasatan polis dalam kemalangan berkenaan.

“Setakat ini tiada sebarang bukti menunjukka­n adanya unsur sabotaj atau khianat dalam kemalangan itu.

“Saya berada di lokasi awal pagi tadi. Berdasarka­n maklumat daripada pegawai penyiasat dan pemerhatia­n saya, tiada sebarang unsur jenayah melibatkan kemalangan itu.

“Dakwaan yang mengatakan terdapat kesan minyak di atas jalan hingga mengakibat­kan kemalangan adalah tidak benar.

“Hasil soal siasat ke atas seorang saksi yang menyaksika­n kemalangan itu, kereta yang dipandu Tien Chee cuba memotong kenderaann­ya yang sedang dipandu di lorong tengah,” katanya. - BERNAMA

Saya berada di lokasi awal pagi tadi. Dakwaan yang mengatakan terdapat kesan minyak di atas jalan hingga mengakibat­kan kemalangan adalah tidak benar” Ahmad Dzaffir

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN kereta Eddie yang terlibat kemalangan.
KEADAAN kereta Eddie yang terlibat kemalangan.
 ??  ?? AHLI keluarga menahan sebak ketika jenazah mendiang Eddie dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Serdang, semalam.
AHLI keluarga menahan sebak ketika jenazah mendiang Eddie dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Serdang, semalam.
 ??  ?? MAYAT mendiang Eddie dibawa keluar dari Hospital Serdang.
MAYAT mendiang Eddie dibawa keluar dari Hospital Serdang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia