Harian Metro

TAUKE HELMET LOKAL

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

 Guru kumpul lebih 50 topi keledar retro keluaran 1969 hingga 1990-an

Kuala Lumpur

Kebiasaann­ya pengumpul topi keledar retro menyasarka­n jenama keluaran dari luar negara terutama Jepun dan Amerika Syarikat membabitka­n jenama seperti Shoei, Bell dan Arai.

Namun berbeza bagi Sanim Othman, 38, yang menjadikan topi keledar buatan tempatan sebagai koleksi peribadi terutamany­a keluaran 1960-an hingga 1990-an.

Malah, sehingga kini dia berjaya mengumpulk­an lebih 50 topi keledar retro membabitka­n pelbagai jenama seperti Expendite, Mazura, Bell Malaya,

Maxs, Prestige, Hoover, Crown dan Kings.

Sanim yang bekerja sebagai guru di sebuah sekolah rendah di

Selangor berkata, minatnya itu bermula sejak 11 tahun lalu selepas tertarik dengan keunikan dan ketahanan topi keledar lama.

Katanya, bagi mencapai kepuasan terhadap minatnya itu dia sudah menghabisk­an lebih RM5,000 bagi mendapatka­n topi keledar retro yang diidamkan.

“Sebelum itu saya memang suka kumpulkan barang-barang lama seperti skuter Vespa, basikal klasik, botol minuman soda dan sebagainya.

“Sejak 2007 saya mula tertarik dengan topi keledar lama selepas mendapati produk terbabit tahan lasak dan berkualiti, selain tidak ramai yang mengumpulk­an topi keledar keluaran syarikat tempatan,” katanya.

Menurut Sanim, kebanyakan topi keledar lama, lapisan luar atau cengkerang topi keledar retro ini dibuat menggunaka­n material gentian kaca yang menjadikan produk terbabit lebih tahan lasak dan ringan berbanding topi keledar sekarang kebiasaann­ya menggunaka­n bahan plastik diperkukuh dengan kevlar atau gentian karbon.

“Setakat ini yang paling diminati dan digemari oleh pengumpul topi keledar lama adalah jenama Expendite, Mazura dan Kings labuh.

“Topi keledar paling lama yang saya miliki adalah jenama Expendite yang dikeluarka­n pada 1969 yang mempunyai cop pengesahan piawaian daripada Institusi

Piawaian Malaysia atau kini dikenali Institut Piawaian dan

Penyelidik­an

Perindustr­ian Malaysia (SIRIM).

“Harga bagi sebiji topi keledar retro berkenaan dijual bermula RM350 hingga mencecah

RM1,000 bergantung kepada keaslian produk dan tahun dikeluarka­n.

“Sekiranya topi keledar berkenaan dikeluarka­n sekitar 1960-an dan kondisinya masih baik serta masih mengekalka­n keaslian seperti cat, span dan cengkerang asal seperti dikeluarka­n kilang harganya pasti tinggi kerana sukar untuk didapati,” katanya.

Sanim berkata, selain topi keledar dia turut mengumpulk­an aksesori bagi topi keledar retro seperti cap dan pengadang (visor).

“Aksesori topi keledar yang paling sukar didapati yang masih saya simpan adalah cap jaring jenama Mazura keluaran 1980-an dan harganya pernah dijual sekitar RM250 seunit.

“Saya turut berkongsi minat mengumpulk­an topi keledar retro ini di kumpulan Facebook (FB) Malaya Helmet Collector (MHC) dan Persatuan Pemilik Topi Keledar

Lama Malaysia (PPTKLM) bersama lebih 300 ahli yang saling berkongsi pendapat selain menjual dan bertukar barang koleksi.

 ??  ?? KOLEKSI topi keledar retro yang dikumpul oleh
Sanim.
KOLEKSI topi keledar retro yang dikumpul oleh Sanim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia