Harian Metro

Kehilangan besar PH

-

Shah Alam: Kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Ng Tien Chee dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Grand Saga, semalam disifatkan sebagai kehilangan besar buat Pakatan Harapan (PH).

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, ia juga pasti dirasai penduduk di kawasan diwakili ADUN yang mesra dikenali sebagai Eddie Ng itu serta rakyat Selangor.

Katanya, pemergian Eddie Ng itu yang kedua di Selangor selepas tidak sampai sebulan kematian wakil rakyat Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafiei, 2 Julai lalu.

“Saya menyatakan

rasa dukacita atas pemergian Eddie Ng Tien Chee.

“Eddie Ng, ADUN yang berkhidmat dengan penuh dedikasi untuk penduduk Balakong serta komited mewakili suara mereka dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai ADUN sejak 2013.

“Dari awal saya mengenali mendiang, saudara Eddie tidak lekang dengan senyuman dan sentiasa sedia membantu sesiapa saja yang memerlukan pertolonga­n,” katanya dalam satu kenyataan.

Amirudin berkata, Eddie Ng juga seorang ahli politik yang bergiat aktif dalam PH Selangor menerusi Unit Tindak Parti Tindakan Demokratik (DAP).

“Kehilangan ini yang kedua dalam tempoh tidak sampai sebulan selepas pemergian ADUN Sungai Kandis, Allahyarha­m Mat Shuhaimi Shafie, 2 Julai lalu. Kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri ini banyak memberi khidmat kepada rakyat dan negeri.

“Saya mengucapka­n takziah kepada isteri, anak-anak dan keluarga mendiang saudara Eddie dan berharap mereka tabah menghadapi ujian ini,” katanya.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, Eddie Ng yang dikatakan dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur menuju ke Kajang dipercayai terlanggar lori syarikat konsesi yang sedang membuat kerja penyelengg­araan di Kilometer 11.7 Lebuhraya Grand Saga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia