Harian Metro

Syarikat konsesi patut lebih prihatin

-

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Jalanraya Kebangsaan (PPJK) mencadangk­an syarikat konsesi lebuh raya menambah petak parkir kenderaan berat di setiap hentian Rehat dan Rawat (R&R) lebuh raya bagi mengelakka­n pemandu lori dan treler meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan.

Pengerusin­ya Mohammad Hisham Shafie berkata, bagi tujuan itu pihak konsesi lebuh raya perlu membuat pemantauan di setiap kawasan R&R dan hentian sebelah di bawah kendalian mereka bagi memastikan sama ada tempat letak kenderaan disediakan bagi kenderaan berat mencukupi.

“Sekiranya didapati ruang parkir tidak mencukupi sehingga menyebabka­n pemandu meletakkan kenderaan di tepi susur masuk dan keluar R&R, pihak konsesi perlu menambah ruang bagi kenderaan berat meletakkan kenderaan di tempat selamat untuk keselesaan pengguna lebuh raya.

“Sepatutnya pihak konsesi lebuh raya lebih mengetahui dan peka tentang perkara ini, di mana mereka boleh mengesanny­a melalui sistem rakaman kamera sistem kamera litar tertutup (CCTV) serta petugas peronda lebuh raya yang sentiasa melakukan rondaan mengikut jadual mereka boleh pemantauan kepada kenderaan yang parkir di tepi jalan terbabit.

“Dalam masa sama kita sedia maklum petugas peronda lebuh raya dan agensi penguat kuasa sentiasa menjalanka­n tugas dengan meronda setiap lebuh raya, jadi mereka perlu berperanan sekiranya melihat lori atau treler yang diletakkan di tepi jalan yang boleh mengancam keselamata­n pengguna lain.

“Mereka boleh memeriksa kenderaan terbabit dan meminta pemandu berkenaan mencari tempat selamat untuk parkir kenderaan dan mengenakan tindakan penguatkua­saan undang-undang sekiranya ada pemandu yang berdegil,” katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, pihaknya berharap pemandu kenderaan berat dapat mematuhi peraturan bagi mengelak daripada berlaku nahas jalan raya.

“Kalau ikut undang-undang tindakan meletak kenderaan di bahu jalan ini dengan sengaja memang salah. Tapi jika pemandu tiada pilihan lain selain dari parkir di bahu jalan itu kita tidak boleh menyalahka­n mereka saja.

“Pihak pemandu juga mungkin boleh kemukakan aduan kepada pihak konsesi bagi memaklumka­n permasalah­an bagi mengelakka­n perkara ini berlaku berterusan,” katanya.

Khamis lalu Harian Metro melaporkan tindakan pemandu kenderaan berat itu yang meletakkan lori atau treler di tepi jalan untuk berehat boleh mengundang malapetaka kepada pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal yang tidak menyedari kehadiran kenderaan itu apalagi jika berwarna gelap dan tiada pemantul cahaya.

Tinjauan dilakukan oleh wartawan di laluan Lebuhraya PLUS dari Kuala Lumpur ke Tanjung Malim di kedua-dua hala pemandu lori meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan berdekatan susur masuk di beberapa hentian R&R yang terdapat di sepanjang laluan berkenaan.

 ?? Mohammad Hisham ?? Pihak pemandu boleh kemukakan aduan kepada pihak konsesi bagi memaklumka­n masalah bagi mengelakka­n perkara ini berterusan”
Mohammad Hisham Pihak pemandu boleh kemukakan aduan kepada pihak konsesi bagi memaklumka­n masalah bagi mengelakka­n perkara ini berterusan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia