Harian Metro

80% PILIH WARNA HITAM ‘KAMI TAK FAHAM ’

-

28,600 pengguna sertai undi pilihan kasut sekolah di FB HM

Kuala Lumpur: Majoriti responden pelayar maya tidak memahami perbezaan antara Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) dan Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST).

Keputusan itu diperoleh hasil tinjauan pendapat dalam talian di laman Twitter akhbar kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) iaitu Harian Metro (HM) dan BH serta Facebook Harian Metro selama 24 jam.

Tinjauan bertajuk ‘Adakah Anda Faham Perbezaan SST dan GST’ dengan pilihan jawapan ya atau tidak.

Undian bagi mendapatka­n jawapan itu di twitter @bharianmy, @hmetromy mula dibuka 24 jam sejak jam 9.17 pagi dan 10.46 pagi semalam.

Menerusi Twitter @hmetromy, 954 responden menyertai tinjauan pendapat berkenaan dengan 36 peratus atau 343 orang faham perbezaan kedua-dua cukai dan 611 lagi menyatakan tidak faham.

Dalam pada itu, di Facebook Harian Metro pula menerima undian daripada 7,700 orang pengguna.

Di Twitter @bharianmy, 385 orang atau 46 peratus daripada 836 responden menyatakan mereka faham perbezaan GST dan SST, manakala 451 lagi tidak faham.

Seramai 3,388 orang responden atau 44 peratus faham perbezaan antara SST dan GST, sementara 56 peratus lagi (4,312) masih tidak memahaminy­a. Tinjauan ini turut menerima 157 komen daripada pengguna Facebook.

Norain Mujib menyatakan pihak berwajib perlu memantau kenaikan harga barang biarpun GST sifar dikenakan.

“Saya perasan masa mula-mula GST sifar, harga barang murah tapi sejak kebelakang­an ini syarikat sewenang-wenangnya naikkan harga barang sampai mencecah RM3 dari harga asal. Tiadakah yang hendak putih... Bila kotor kena denda dekat prhimpunan (perhimpuna­n).. Elok semua budak skolah (sekolah) pkai (pakai) kasut hitam sajalh tolong pantau? Hari itu kata ada orang nak pantau,” katanya.

Menurut Fa Ka pula, pihak berwajib termasuk Kementeria­n Kewangan (MOF) dan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri (KPDNK) perlu memberikan penjelasan tuntas mengenai kedua-dua sistem cukai itu.

“Terdapat banyak contoh pengiraan GST & SST di laman sosial membuatkan segelintir masyarakat keliru. Harap pihak seperti MOF atau KPDNK sendiri dapat beri penerangan lebih jelas bagaimana perbezaan cukai ini dilaksanak­an daripada pihak pengilang atau pengeluar hingga ke pengguna akhir. Terima kasih,” katanya.

Suut Maribi pula berharap, pengenalan SST membawa sinar baru dalam mengurangi harga barang keperluan harian supaya tidak membebanka­n rakyat berpendapa­tan

Majoriti responden pelayar maya tidak jelas perbezaan

di antara SST dan GST

rendah (B40).

“Fahamkah tidak faham, same aje, yang kami nak adalah harga barang keperluan diturunkan supaya tidak membebanka­n rakyat yang berpendapa­tan rendah seperti kami,” katanya.

Kelmarin, Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Seri Subromania­m Tholasy memaklumka­n, majoriti barangan dikenakan sifar cukai di bawah sistem SST yang diperkenal­kan kerajaan mulai 1 September depan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SUBROMANIA­M
SUBROMANIA­M

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia