Harian Metro

KEMURUNGAN & ISLAM

- Dr Khairunnee­zam Mohd Noor

Sesekali apabila kita menyelak helaian akhbar, menonton berita di kaca televisyen atau merujuk perkongsia­n dalam aplikasi sosial di Internet, kita akan temukan laporan mengenai insiden penderaan, pergaduhan, mahupun bunuh diri, yang berlaku akibat kemurungan. Melalui laporan ini kita dihidangka­n dengan pelbagai andaian mengenai kemurungan yang menyebabka­n pelaku jenayah sebegini tidak memikirkan lagi sempadan dan kewarasan dalam bertindak. Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabka­n seseorang itu merasa sedih berpanjang­an, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa dua minggu. Penyakit ini boleh dihidapi sesiapa saja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsun­g sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Banyak punca berlakunya kemurungan dalam diri seseorang. Menurut Portal Kementeria­n Kesihatan Malaysia antaranya disebabkan perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidaksei­mbangan kimia

(Neurotrans­mitter serotonin dan

neropineph­ine). Ada juga yang mewarisi kemurungan daripada generasi keluargany­a terdahulu atau persekitar­an hasil daripada peristiwa hidup seperti kegagalan, kematian atau bencana yang melanda dan kekurangan sokongan keluarga dan sosial. Kemurungan turut boleh terjadi apabila seseorang mempunyai penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroi­dism atau penyakit kronik lain. Kemurungan juga secara psikologin­ya berpunca daripada gaya dan corak pemikiran seseorang yang melibatkan bagaimana persepsi seseorang kepada diri sendiri, kehidupan dan dunia keseluruha­nnya.

Kita tidak boleh beranggapa­n kemurungan ini satu gejala yang berada jauh daripada parameter kehidupan kita. Kononnya, kita lihat kehidupan kita sentiasa gembira, penuh hilai ketawa dan serba-serbi bahagia yang bukan indikator jelas kepada kemurungan. Silap-silap, anak-anak, keluarga terdekat mahupun diri kita sendiri adalah penghidap kemurungan.

Ada dalam kalangan kita yang terus-menerus bersikap denial atau menafikan bahawa sedikit sebanyak mereka menunjukka­n simptom kemurungan walaupun ia masih di peringkat awal. Kajian Kesihatan dan Morbiditi

Kebangsaan 2015 menunjukka­n kira-kira 4.2 juta rakyat Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas atau 29 peratus populasi negara menghidap pelbagai masalah mental termasuk kemurungan. Ini indikator peningkata­n yang tinggi berbanding hanya 10 peratus pada 1996. Boleh disebut secara mudah, satu daripada tiga rakyat Malaysia mempunyai masalah mental! Ini adalah sesuatu yang membimbang­kan.

Kita harus mengetahui tanda dan gejala yang menjadi indikator bila seseorang itu sedang dirundung kemurungan lebih-lebih lagi jika ia ditunjukka­n ahli keluarga mahu pun kenalan rapat. Misalnya, seseorang itu kelihatan bersedih atau berada dalam status kekosongan perasaan yang berpanjang­an. Kemudian, hilang minat atau keseronoka­n terhadap hobi dan aktiviti lain yang biasanya mendatangk­an keseronoka­n, cepat rasa letih dan tidak bertenaga, mudah putus asa, mudah rasa bersalah dan rasa diri tidak berguna. Tanda-tanda lain adalah apabila seseorang selalu mendapat gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur, hilang selera makan dan penurunan berat badan mendadak, mudah marah dan tantrum serta yang lebih teruk adalah apabila ada kecenderun­gan untuk berfikir bahawa penyelesai­an masalah adalah dengan membunuh diri.

Bijak pandai dalam bidang psikologi dan perubatan mencadangk­an banyak langkah pencegahan dan pembetulan yang perlu diambil secara proaktif dalam membendung kemurungan daripada menjadi kronik dan membahayak­an penghidapn­ya dan orang di sekeliling­nya. Antaranya, kita perlu ketahui penyakit kita dengan cara berjumpa dengan pakar psikiatri atau doktor dan mendapatka­n konsultasi daripada mereka. Seterusnya, patuh kepada ubat-ubatan dan rawatan susulan andai dinasihatk­an sebegitu oleh pakar perubatan. Kemudian, kita perlu mengamalka­n cara berfikir yang positif dan tenang dan menguruska­n konflik yang boleh memekarkan tekanan dan kemurungan. Gaya hidup yang sihat perlu menjadi amalan dengan cara bersukan, berekreasi atau melakukan aktiviti fizikal yang boleh membuat kita rasa gembira, dapat bersosial dengan keluarga dan rakan serta memenuhi hobi atau aktiviti kegemaran kita.

Begitupun, Islam memberikan panduan yang berbeza dalam pemerihala­n usaha mengatasi masalah kemurungan. Manusia secara fitrahnya dipengaruh­i unsur dalaman yang terdiri daripada perasaan, jiwa dan nafsu. Sekiranya unsur tersebut mengalami gangguan, maka ia seterusnya akan mempengaru­hi tingkah laku dan perbuatann­ya. Bijak pandai bidang agama menegaskan proses penyembuha­n kemurungan dan masalah mental yang lain secara kerohanian. Ia dilihat sebagai alternatif terbaik untuk merawat penyakit mental ini dengan menggunaka­n ayat al-Quran, mendirikan solat, bacaan zikir, doa lazim dan khusus, bermunajat dan melakukan amar maa’ruf sebagaiman­a yang digariskan syariat Islam. Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Maka ingatlah kepadaku. Aku juga akan ingat kepadamu.” (Surah al-Baqarah ayat 152). Ini adalah peringatan dan panduan bahawa andai kita sentiasa ingat dan membesarka­n keEsaan-Nya, maka Allah SWT akan melindungi kita sepanjang masa. Begitu jua dengan ingatan Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, mohonlah pertolonga­n (kepada Allah) dengan sabar dan solat.” (al-Baqarah, ayat 153). Ini adalah isyarat jelas Allah SWT akan membantu dan melindungi kita sebagai hamba-Nya mengatasi sebarang permasalah­an termasuk masalah mental dan kemurungan dengan syarat kita berusaha dan berdoa dengan penuh kesabaran dan tidak sesekali culas melaksanak­an solat.

Selain itu, antara panduan yang boleh digunakan sebagai terapi jiwa menggunaka­n pendekatan Islam amalan membaca al-Quran, berwuduk dan memperbany­akkan selawat ke atas Rasulullah SAW sebagai satu bentuk usaha untuk mendekatka­n diri kepada Allah SWT dan mengingatk­an diri akan kematian dan balasan di akhirat. Islam menggalakk­an umatnya supaya menjadi generasi yang cergas, cerdas dan bersemanga­t untuk menghadapi cabaran kehidupan yang sememangny­a menekan emosi dan jiwa. Islam menggalakk­an kita meyeimbang­kan juga usaha membendung penyakit mental ini secara fisiologi atau lahiriah. Antaranya ialah menjaga kesihatan diri melalui pemakanan seimbang dan mengikut sunah dan aktiviti fizikal dan riadah secara tekal.

Islam juga menyaranka­n melalui panduan sunah Rasulullah SAW dalam hal pembentuka­n silaturahi­m dan hubungan sosial yang baik dalam masyarakat. Hubungan yang erat antara ahli keluarga dan masyarakat sekeliling berupaya merangsang pemikiran, emosi dan perasaan yang lebih seimbang, bersemanga­t dan bermotivas­i dalam meneruskan kelangsung­an hidup.

Penulis Pensyarah Kanan Program Dakwah Dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia