Harian Metro

41 TAHUN BAKTI DI LAUT

Upacara penuh istiadat pelucutan tauliah Kapal Diraja Mutiara

- Zahratulha­yat Mat Arif zahratulha­yat@nstp.com.my

Kapal Diraja (KD) Mutiara menamatkan perkhidmat­annya semalam selepas 41 tahun menabur bakti bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin berkata, penamatan perkhidmat­an kapal itu dilakukan secara rasmi dalam upacara penuh istiadat pelucutan tauliah.

“Istiadat itu bukan saja dilaksanak­an TLDM, tetapi semua tentera laut di dunia. Apabila kapal yang tamat tempoh, dilucutkan tauliah dalam satu istiadat istimewa kerana perkhidmat­annya kepada negara.

“Ia juga satu upacara yang nostalgia, sedih apatah lagi kehadiran bekas pegawai pemerintah dan warga kapal yang turut bersama apabila kapal itu ditamatkan tauliah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri upacara pelucutan tauliah KD Mutiara di Tambatan Pangkalan TLDM di sini, semalam.

KD Mutiara dibina akhir 1975 dan dilancarka­n pada 13 November 1976, dilengkapi teknologi bagi melaksanak­an operasi di kawasan tropika, menjalanka­n operasi dan pengukuran luar pantai serta kajian oseanograf­i.

Ahmad Kamarulzam­an berkata, tempoh perkhidmat­an kapal berkenaan selama 41 tahun adalah satu jangka masa panjang untuk sesetengah negara maju.

“Di sesetengah negara maju, kapal mereka hanya mampu berkhidmat selama 20 tahun, tetapi kami meneruskan operasi walaupun dalam konteks pengukuran hidrografi kerana kemampuan negara yang terhad.

“Ini kerana kos penyelengg­araan yang terlalu tinggi, jadi dengan pelucutan ini, ia dapat memberi penjimatan besar kepada negara tanpa menjejaska­n sebarang fungsi dan peranan kita,” katanya.

Beliau turut mengucapka­n tahniah kepada bekas pemerintah dan anak kapal yang menjaga kapal berkenaan dengan baik.

“Saya bangga kerana keadaan kapal masih lagi gah dan dalam keadaan baik. Ini menunjukka­n budaya menyelengg­ara (aset) sentiasa diterapkan dalam TLDM.

“Ia sekali gus memberi mesej kami sentiasa menjaga aset kerajaan dengan baik, bukan hanya kapal tetapi infrastruk­tur lain seperti rumah dan bangunan,” katanya.

Ahmad Kamarulzam­an berkata, KD Mutiara tidak akan dijadikan muzium tetapi akan mengambil kira segala usaha terbaik, termasuk terdapat beberapa pihak yang berminat untuk mengambil alih kapal berkenaan.

Sepanjang perkhidmat­an kapal hidrografi itu merekodkan pelayaran sejauh 220,000 kilometer (km) bersamaan enam kali mengelilin­gi dunia dengan 146 Arahan Hidrografi merangkumi keluasan pengukuran seluas 68,598 kilometer persegi perairan negara berjaya dilaksanak­an.

Selain melaksanak­an tugas teras kapal hidrografi, KD Mutiara juga ditugaskan dalam operasi mencari dan mengesan pesawat MH370 di Lautan Hindi yang hilang sejak 8 Mac 2014.

Pada 2 November 2014, KD Mutiara turut terbabit dalam operasi mencari dan mengesan Kapal Tunda YTC M5 yang karam dan berjaya mengesan kedudukan bangkai kapal itu yang berada pada kedalaman 29 meter, 9.2 batu nautika dari Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang.

 ??  ?? AHMAD Kamarulzam­an (duduk, tengah) bersama bekas Pegawai Pemerintah KD Mutiara pada Majlis Pelucutan Tauliah KD Mutiara di Pengkalan TLDM Lumut, semalam.
AHMAD Kamarulzam­an (duduk, tengah) bersama bekas Pegawai Pemerintah KD Mutiara pada Majlis Pelucutan Tauliah KD Mutiara di Pengkalan TLDM Lumut, semalam.
 ??  ?? MAJLIS Pelucutan Tauliah KD Mutiara dilaksanak­an dengan penuh istiadat.
MAJLIS Pelucutan Tauliah KD Mutiara dilaksanak­an dengan penuh istiadat.
 ??  ?? AHMAD Kamarulzam­an menandatan­gani carta peringatan perlucutan tauliah KD Mutiara.
AHMAD Kamarulzam­an menandatan­gani carta peringatan perlucutan tauliah KD Mutiara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia