Harian Metro

33,425 KES SELURUH NEGARA

-

tiada kematian dilaporkan berpunca daripada HFMD atau EV71 untuk tahun ini.

Dr Noor Hisham berkata, ibu bapa dan pengendali pusat jagaan kanak-kanak perlu segera membawa kanak-kanak ke klinik kesihatan atau hospital terdekat jika wujud gejala HFMD.

Beliau mencadangk­an agar sekolah dan pusat jagaan membuat saringan ke atas kanak-kanak sebelum memasuki kelas bagi memastikan tiada gejala jangkitan HFMD. Pada masa sama, beliau menyangkal dakwaan yang tular di media sosial membabitka­n penutupan 51 sekolah di sebuah daerah di Selangor.

“Sehingga kini, tiada sekolah atau kelas di seluruh negeri Selangor diarah tutup akibat wabak HFMD.

“Hanya dua kluster HFMD dilaporkan berlaku di dua sekolah berlainan namun tidak ditutup kerana mengambil kira hasil pemeriksaa­n oleh pasukan kesihatan yang mendapati tiada risiko jangkitan HFMD kepada murid lain,” katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai agar menyemak terlebih dulu berita berkaitan HFMD sebelum mempercaya­inya terutama maklumat yang dikeluarka­n selain daripada KKM.

Sementara itu, Doktor Kecemasan dan Rawatan Am Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Hanafiah Bashirun berkata, ibu bapa memainkan peranan utama menghalang jangkitan wabak HFMD yang mudah merebak dalam kalangan kanak-kanak.

“Ibu bapa hanya dapat mengesan kewujudan HFMD selepas anak menunjukka­n simptom pertama iaitu demam diikuti ulser dalam rongga mulut dan ruam melepuh pada tapak tangan dan kaki.

“Sekiranya kritikal, pesakit mengalami dehidrasi, gejala muntah, tanda keletihan, cirit-birit dan suhu badan tidak terkawal,” katanya. Menurutnya, penyebaran virus HFMD boleh berlaku melalui udara tanpa berlakunya sebarang sentuhan.

“Disebabkan itu, pesakit harus berada di dalam rumah bagi mengelakka­n wujudnya interaksi dengan masyarakat walaupun hanya dengan sapaan atau bersin.

“Elakkan diri berada atau membawa pesakit ke kawasan awam seperti pusat beli-belah, lapangan terbang dan taman permainan.

“Ibu bapa juga tidak harus menghantar anak yang mengalami gejala itu ke pusat penjagaan dan sebaiknya ambillah cuti,” katanya.

Katanya, HFMD turut berlaku kepada golongan dewasa, tetapi dalam jumlah terpencil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia