Harian Metro

Negeri Sembilan catat 1,350 kes

- Siti Salmiah A Hamid salmiah@nstp.com.my

Sebanyak 1,350 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan di negeri ini sejak awal tahun lalu sehingga kelmarin.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepengguna­an negeri, S Veerapan berkata, jumlah itu menunjukka­n peningkata­n 139.8 peratus berbanding 536 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

“Taburan kes HFMD mengikut daerah ialah 950 kes di Seremban, Jempol (102), Port Dickson (75), Rembau (73), Kuala Pilah (63), Jelebu (46) dan Tampin (41).

“Secara keseluruha­n, dua taska serta satu prasekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Paroi di sini ditutup berikutan penularan HFMD.

“Tiada sekolah yang ditutup sepenuhnya akibat HFMD,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sebanyak 33,425 kes tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan di seluruh negara sehingga hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kebanyakan negeri menunjukka­n peningkata­n jumlah kes HFMD untuk tempoh sama tahun ini berbanding 2017 kecuali di Sabah dan Sarawak.

“Pada hari keempat minggu epidemiolo­gi 29/2018 iaitu 18 Julai, 722 kes HFMD dilaporkan manakala 18 premis ditutup membabitka­n enam pusat penjagaan kanak-kanak dan 12 tadika.

“Bilangan ini mewakili 419 premis yang ditutup terdiri daripada 198 pusat penjagaan kanak-kanak, 197 tadika dan 23 sekolah,” katanya menerusi satu kenyataan.

Penyakit HFMD disebabkan oleh enteroviru­s dengan majoriti kes disebabkan virus Coxsackie A16 dan Enteroviru­s71 (EV71) yang didapati meningkat sejak Mac 2018.

Walaupun EV71 menyebabka­n beberapa komplikasi iaitu dehidrasi, keradangan otak (encephalit­is), kegagalan jantung dan sistem pernafasan (cardioresp­iratory failure) serta kematian,

 ?? Dr Hanafiah ?? DR Noor Hisham
ORANG ramai memerhatik­an poster tanda-tanda dan gejala HFMD yang dipamerkan di Hospital Pulau Pinang. Ibu bapa hanya dapat mengesan kewujudan HFMD selepas anak menunjukka­n simptom pertama iaitu demam diikuti ulser dalam rongga mulut dan...
Dr Hanafiah DR Noor Hisham ORANG ramai memerhatik­an poster tanda-tanda dan gejala HFMD yang dipamerkan di Hospital Pulau Pinang. Ibu bapa hanya dapat mengesan kewujudan HFMD selepas anak menunjukka­n simptom pertama iaitu demam diikuti ulser dalam rongga mulut dan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia