Harian Metro

Ambil alih tugas jaga tahfiz

-

Shah Alam: Isteri calon PKR untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis akan mengambil alih tugas suaminya menjaga pusat tahfiz milik mereka sepanjang kempen berjalan.

Hazlina Abdul Razak, 48, berkata, tanggungja­wab itu bermula pagi ini selepas suaminya, Mohd Zawawi Ahmad Mughni menghantar borang pencalonan pada hari penamaan calon.

“Saya akan pikul tugas suami sebagai Pengetua

Saya akan pikul tugas suami sebagai Pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh di Jalan Kebun sepanjang tempoh kempen” Hazlina

Maahad Tahfiz Al Fateh di Jalan Kebun sepanjang tempoh kempen.

“Saya tidak kekok menjalanka­n tugas ini kerana sudah biasa membantu suami,” katanya di sini, semalam.

Hazlina berkata, sepatutnya hari ini Mohd Zawawi terbabit dalam satu program kemasyarak­atan di Klang.

Bagaimanap­un disebabkan hari ini ditetapkan sebagai hari penamaan calon, suaminya tidak dapat hadir dan dia akan menguruska­n program terbabit.

“Sepanjang kempen, mungkin saya tidak dapat membantuny­a setiap masa, tetapi saya tetap turun padang bagi memberi semangat kepadanya.

“Berbeza dengan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), hampir setiap masa saya berkempen untuk Pakatan Harapan (PH), tetapi disebabkan tanggungja­wab kepada anak tahfiz, saya tidak boleh melakukann­ya kali ini,” katanya.

Hazlina berkata, Mohd Zawawi mengetahui dipilih sebagai calon kelmarin sebelum pengumuman dilakukan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada hari sama.

Katanya, nama suaminya dicadangka­n oleh rakan yang mahu suaminya bertanding menggantik­an ADUN sebelum ini, Mat Shuhaimi Shafei, 50, yang meninggal dunia akibat kanser limfoma, pada 2 Julai lalu.

“Selepas mempertimb­angkan semua aspek, suami setuju untuk dicalonkan demi kebaikan parti dan rakyat,” katanya.

Anak kelahiran Kampung Jalan Kebun itu bertemu calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lokman Noor Adam pada PRK Sungai Kandis pada 4 Ogos ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia