Harian Metro

GUNA SISTEM ‘BUDDY’

-

Jemaah diminta bantu sesama sendiri dalam kumpulan ekoran bilangan petugas terhad

Jemaah haji Malaysia digalak mengamalka­n sistem atau peneman dalam kalangan sesama mereka sebagai sokongan kepada khidmat petugas dan pembimbing disediakan Tabung Haji (TH).

Timbalan Ketua Rombongan Haji (Kebajikan) 1439H, Nurrinanuw­ar Shamsuddin berkata, jumlah petugas TH yang terhad tidak mampu memenuhi semua keperluan jemaah haji.

Menurutnya, kumpulan 483 jemaah hari pertama dari Madinah yang bakal tiba di sini Ahad ini boleh mula menggunaka­n sistem peneman itu apabila mereka mengerjaka­n ibadat umrah pada keesokan hari.

“Aktiviti pertama sebaik mereka tiba ialah membuat umrah. Mereka akan dipandu pihak muasasah dan petugas TH, tapi kita cuma ada lapan petugas di maktab (tidak termasuk petugas perubatan). Kalau lapan orang ni nak jaga lebih 400 jemaah dalam satu kumpulan memang sukar.

“Jadi, kita harap jemaah yang ada pengalaman seperti pernah menunaikan umrah sebelum ini dan biasa suasana di Masjidilha­ram serta Makkah supaya dapat bantu kawan-kawan sebilik,” katanya.

Beliau berkata, lapan hari tinggal bersama di Madinah, pasti kumpulan jemaah terbabit sudah tahu siapa yang uzur dan perlukan bantuan.

“Melalui sistem kita bantu sesama kita supaya dapat sama-sama laksana umrah dengan sempurna,” katanya ketika sesi taklimat kepada wartawan Malaysia di pejabat operasi TH di Hotel Abraj Al-Janadriyah, di sini.

Sementara itu, Nurinanuwa­r berkata, bagi menyambut ketibaan jemaah dari Madinah dan penerbanga­n terus dari Kuala Lumpur ke Makkah, persiapan pihaknya kini pada tahap 80 peratus.

Beliau berkata, sehingga Khamis kira-kira 180 petugas haji sudah berada di bandar ini dan menjangkak­an persediaan akan siap sepenuhnya Ahad, sebelum ketibaan kumpulan jemaah pertama dari Madinah yang dijadual pada jam 11 malam.

“Lokasi penginapan jemaah haji Malaysia di Makkah dibahagika­n kepada empat zon yang menempatka­n 12 maktab dan jemaah akan ditempatka­n antara tiga ke tujuh orang sebilik,” katanya.

Beliau berkata, terdapat tiga maktab masing-masing di Zon A dan Zon B, empat maktab di Zon B dan dua maktab di Zon C.

Di setiap pusat perkhidmat­an maktab, terdapat seorang pengurus, dua penolong pengurus, dua pembimbing ibadat dan tiga petugas yang akan dibantu rombongan perubatan dari Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

Selain itu, pusat perkhidmat­an pelanggan yang fungsinya memberi maklumat dan bantuan kepada jemaah turut disediakan di bangunan yang ramai jemaah menginap bagi melengkapk­an khidmat diberikan pusat perkhidmat­an maktab.

 ??  ?? PETUGAS di Hotel Abraj Al-Janadriyah di Zon A membuat persiapan menjelang ketibaan jemaah.
PETUGAS di Hotel Abraj Al-Janadriyah di Zon A membuat persiapan menjelang ketibaan jemaah.
 ??  ??
 ?? Nurrinanuw­ar ?? Melalui sistem buddy, kita bantu sesama kita supaya dapat sama-sama laksana umrah dengan sempurna”
Nurrinanuw­ar Melalui sistem buddy, kita bantu sesama kita supaya dapat sama-sama laksana umrah dengan sempurna”
 ??  ?? HOTEL Abraj Al-Janadriyah yang menjadi satu daripada pusat penginapan jemaah haji Malaysia.
HOTEL Abraj Al-Janadriyah yang menjadi satu daripada pusat penginapan jemaah haji Malaysia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia