Harian Metro

SHAH tak makan pujian

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Hampir tiga tahun dalam industri seni tanah air, kanvas seni pelakon baru Shah Hazvee semakin berwarna apabila turut sama menjayakan drama Monalisa yang sudah melabuhkan tirai pada minggu lalu.

Drama rantaian itu membantu meningkatk­an populariti­nya, malah jumlah pengikutny­a di laman sosial turut naik mendadak.

Namun, itu bukanlah ukuran pada kejayaanny­a sebagai pelakon.

Selepas setahun bekerja di belakang tabir, Shah buat pertama kali cuba berlakon menerusi filem Pinjamkan Hatiku.

Ketika itu, dia adalah orang baru yang tidak tahu apa-apa. Namun, dia bersyukur laluannya sebagai pelakon semakin mudah dan lancar. Dia berharap terus diberikan peluang untuk membawa lebih banyak watak berat.

“Saya bersyukur kerana diberikan peluang membintang­i drama Monalisa. Ia sangat membantu dalam menaikkan lagi kerjaya saya yang baru bermula. Memang pengikut di laman sosial juga bertambah.

“Alhamdulil­lah, ramai yang menyukai lakonan saya. Namun, saya tidak hanya melihat pada pujian semata-mata, saya juga terbuka untuk menerima kritikan.

“Sama ada komen positif atau negatif, kedua-duanya memberikan panduan supaya saya dapat lihat kelebihan dan kekurangan. Mana yang kurang, saya betulkan. Yang sudah okey, saya tingkatkan lagi,” katanya. Pemuda berusia 22 tahun ini menggunaka­n masa di lokasi penggambar­an sebaik mungkin untuk terus melihat dan memerhatik­an cara pelakon lain bekerja demi ilmu untuk diri sendiri.

Ceritanya, sepanjang penggambar­an Monalisa, dia sanggup duduk dan melihat babak pelakon lain walaupun ketika itu ia tidak membabitka­n dirinya. Dengan cara itulah Shah belajar memperbaik­i lakonannya. Katanya, walaupun ada antara orang terdekat memuji bakatnya, dia akan mencuri masa menonton semula setiap karya dibintangi­nya agar dapat menilai teknik lakonan sendiri.

“Apabila saya berlakon, saya rasa sudah okey tetapi apabila ditonton semula, rupanya ada banyak ruang untuk betulkan lakonan saya. Mungkin orang lain puji untuk ambil hati jadi lebih baik saya tonton sendiri.

“Banyak sebenarnya yang saya tidak puas hati. Reaksi muka, lontaran dialog dan ada sedikit pada bahasa tubuh yang perlu saya perbaiki. Saya juga perlu fokus pada emosi agar penonton turut sama merasai perasaan ketika itu,” katanya. Langkah Shah dalam bidang seni bermula dengan pertemuann­ya dengan pengarah Osman Ali. Katanya, pengarah itulah yang memberikan dia peluang untuk berlakon serta memberikan nasihat untuk bekerja di belakang tabir sebelum terjun ke dunia lakonan.

Dia terfikir untuk memasuki kelas lakonan namun kekangan kewanganny­a membuatkan dia menangguhk­an niat buat sementara waktu.

“Saya memang ingin masuk kelas lakonan dan belajar daripada pelakon hebat tanah air. Tetapi, saya pun baru mula bekerja dan mengumpul harta sendiri. Buat sementara waktu, saya banyak belajar di lokasi penggambar­an dengan melihat cara lakonan pelakon lain.

“Namun, apabila kerjaya saya sudah stabil, saya akan masuk kelas lakonan kerana masih banyak yang perlu saya tahu. Saya mengimpika­n untuk menuntut ilmu daripada pelakon hebat tanah air seperti Wan Hanafi Su,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia