Harian Metro

Pelihara imej sebagai Puteri Muslimah

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Walaupun namanya semakin kukuh di Indonesia, tidak bererti Uyaina Arshad mengetepik­an tugas sebagai pengacara di tanah air.

Uyaina, 26, yang juga juara Puteri Muslimah Asia berkata, dia akan memastikan apa yang dilakukann­ya seimbang baik di Malaysia atau Indonesia.

“Alhamdulil­lah, selepas menjuarai program Puteri Muslimah Asia, saya makin dikenali di Indonesia dan kerjaya pun semakin melebar di sana.

“Namun, saya tetap menggalas tanggungja­wab sebagai pengacara di negara ini dan kini masih mengendali­kan program WHI (Wanita Hari Ini) di TV3,” katanya kepada Bling!.

Bercerita mengenai perubahan dalam kerjayanya selepas mencipta nama di sana, Uyaina mengakui turut terkesan dari segi sambutan di media sosial.

“Walaupun saya orang Malaysia, sokongan yang diberikan masyarakat di sana tidak pernah kurang.

“Di media sosial contohnya, rata-rata memberikan sokongan. Masyarakat Malaysia juga sentiasa berada di belakang saya memberikan sokongan,” katanya.

Namun, bekas pengacara program Nona ini juga mengakui turut menerima komen kurang enak.

“Dalam banyak-banyak komen positif, tentunya akan ada komen negatif. Jika tidak keterlalua­n, saya abaikan saja tapi kalau melampaui batas, saya akan padam dan sekat akaun itu,” katanya.

Dalam pada itu, Uyaina juga lebih selesa ditemani ibunya jika ke mana-mana.

“Ibu orang yang sentiasa ada dengan saya. Dia akan sentiasa ingatkan saya dalam banyak hal.

“Satu lagi faedah yang saya rasakan apabila ibu ada bersama adalah persepsi dan layanan orang luar kepada saya. Selalunya mereka akan lebih menghormat­i kita,” katanya.

Ibunya juga kerap mengingatk­an dia memastikan imejnya sebagai Puteri Muslimah dan wanita bertudung tidak melangkaui batas syariah.

“Sebagai Muslimah dan bergelar selebriti, saya perlu menjaga banyak benda kerana ada tanggungja­wab sosial.

“Jadi, ibu saya yang akan memantau media sosial saya dan jika ada yang dimuat naik tidak bersesuaia­n dengan imej saya, dia akan tegur,” katanya.

Uyaina akui sering ditemani ibu dan selesa dengan keadaan itu

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia