Harian Metro

Kongsi jika bermanfaat

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Muat naik foto atau video sehingga tular boleh bantu populariti tapi perlu berhemah

Era teknologi masa kini membuatkan semua orang lebih tertumpu kepada tular terkini di laman sosial.

Tidak kira foto atau rakaman video, jika dilihat ‘merapu’ pasti menjadi tarikan kebanyakan pengguna media sosial.

Jangan kata yang suka, jumlah tontonan dan perkongsia­n juga tidak kurang hebat boleh mencecah ratusan ribu dalam tempoh singkat.

Malah, ada yang mendakwa perkongsia­n foto atau rakaman video tular ini membantu menaikkan jumlah pengikut di laman sosial.

Sejauh manakah kebenarann­ya? Ikuti pandangan beberapa selebriti tanah air berhubung perkara memuat naik foto atau video tular untuk kumpul pengikut.

“Saya tak nafikan memang tindakan muat naik foto atau video yang boleh jadi tular membantu menaikkan jumlah pengikut di laman sosial.

Namun, sebagai selebriti adalah lebih baik tidak bersikap terburu-buru ketika hendak memuat naik foto atau rakaman video di laman sosial.

Ambil langkah berfikir semasak-masaknya sebelum foto atau rakaman video dibuat itu mahu dimuat naik walaupun akaun media sosial itu milik sendiri.

Bagaimanap­un, saya melihat muat naik foto atau video tular ini ada yang memberi kesan baik dan sebaliknya. Yang pasti, bergantung pada niat.”

“Saya tidak akan ambil mudah terhadap apa saja foto atau rakaman video yang mahu dimuat naik di media sosial.

Walaupun tahu jika foto atau video dimuat naik itu tular akan membantu menaikkan jumlah pengikut, ia perlu saya teliti lebih dulu.

Ini kerana saya tahu rata-rata pengguna laman sosial masa kini adalah golongan muda terutama remaja sekolah.

Jadi, sebagai selebriti saya perlu bertanggun­gjawab memuat naik foto atau video yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.

Kalau saya nak rakam foto atau ‘video merapu’ untuk dimuat naik pun, perlu dipastikan ada nilai komedi untuk dikongsi kepada pengikut.”

“Saya kurang selesa dan tidak bersetuju jika ada selebriti sanggup memuat naik foto atau rakaman video di laman sosial untuk mengejar tular.

Bagi saya, lebih bagus jika kemudahan laman sosial itu diguna secara berhemah kerana masyarakat masa kini bersikap terbuka dan bijak.

Ada cara positif boleh diguna untuk menaikkan jumlah pengikut di laman sosial seperti berkongsi foto atau video berkaitan kerjaya yang kreatif.

Saya pernah melakukann­ya dan berhasil. Jadi, pilihan ada dalam tangan sendiri dan tepuk dada tanya selesa.

Untuk saya, perkongsia­n foto dan rakaman video berkaitan kerjaya jadi pilihan untuk dikongsi bersama peminat serta pengikut di laman sosial.”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia