Harian Metro

Fasha TABIK GRIEZMANN

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Empat dari 14 gol Perancis sepanjang kempen Piala Dunia 2018 mereka disumbangk­an oleh Antoine Griezmann.

Kemampuan Griezmann meledak gol itu memastikan Les Bleus berdiri di podium juara piala berprestij berkenaan.

Bagi pelakon cantik

Fasha Sandha, dia memang dari awal sudah menjangkak­an pasukan Eropah Barat itu akan menjadi juara.

Kata pelakon berusia 34 tahun itu, semangat juang Perancis sangat tinggi dan setiap pemainnya sudah mempersiap­kan teknik permainan yang akan memusnahka­n kubu lawan.

“Saya kagum dengan kehebatan Griezmann.

Dia mempamerka­n aksi cukup bertenaga dan penuh keyakinan sepanjang kempen Piala Dunia untuk pasukannya.

“Saya memang tidak pernah berhenti memberi sokongan kepada pasukan itu. Tambahan, Griezmann tidak dapat ditandingi oleh pemain pasukan lain,” katanya.

Menurut Fasha, teknik dan kualiti permainan sangat bagus serta menarik.

“Dia adalah pemain yang cepat membaca gerakan lawan dengan sikap kreatif serta semangat juang yang tinggi.

“Kredibilit­i dan kemampuan sebagai pemain bola sepak hebat menunjukka­n dia terus mendapat pujian. Griezmann dianggap sebagai pemain yang sering menggunaka­n peluang bijak untuk menjaringk­an gol.

“Griezmann sangat luar biasa dan sentiasa memberikan yang terbaik khususnya dalam teknik serta kemahiran menendang, mengelecek dan mengawal bola.

“Tanggungja­wab untuk posisi yang diamanahka­n juga dilaksanak­an dengan baik dan dia menjadi pemain yang boleh dijadikan contoh,” katanya.

Mahu menjadikan kehebatan Griezmann sebagai inspirasi, katanya, kemahiran pemain itu patut dijadikan perhatian pemain lain.

“Tidak dinafikan, dia sangat bijak mencari peluang menonjolka­n diri. Begitu juga saya dalam bidang seni, kemampuan untuk memberikan yang terbaik akan menjadikan saya diingati.

“Bagi Griezmann, setiap kelemahan yang ada pada diri diperbaiki dan sebab itu peminat sangat mengagumin­ya.

Dia tidak pernah mengecewak­an dan mampu memberikan yang terbaik.

“Apabila menonton perlawanan membabitka­nnya, saya dapati tampanan bolanya sangat bagus,” katanya.

Berkenaan pasukan pilihan, Fasha memilih pasukan Perancis kerana pasukan itu hebat terutama pemainnya.

“Saya memang menyukai corak permainan yang ditampilka­n oleh Perancis. Saya ada sebab tertentu meminati pasukan itu walaupun tidak

 ??  ?? FASHA Sandha
FASHA Sandha
 ??  ?? ANTOINE Griezmann
ANTOINE Griezmann

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia