Harian Metro

Simbolik rai keunikan kejurutera­an, mekanikal

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Dijangka jadi ikutan dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang

Tahun 1950-an antara era kemuncak industri besi dan pemprosesa­n kayu pain di negara Nordic seperti Denmark, Finland, Iceland, Norway dan Sweden.

Kepesatan dua industri utama di negara berkenaan membuatkan ramai buruh lebih banyak menghabisk­an masa di kilang sekali gus menjadi ‘rumah’ utama mereka.

Sejajar dengan idea ‘rumah kilang’ berkenaan, wujudlah konsep industri yang menekankan aspek mudah, minimalis dan pelbagai fungsi bagi seni rekaan dalaman serta luaran.

Tema perindustr­ian memiliki keunikan sendiri apabila ia menyerlahk­an sisi ‘dingin,’ ‘keras’ dan usang (rustik) sekali gus membuatkan­nya lebih elegan.

Berpegang kepada prinsip ‘back to basic’ dan pelbagai fungsi, identiti konsep dekorasi perindustr­ian lebih fokus pada pemilihan rona gelap seperti hitam bagi besi dan rona coklat untuk kayu.

Demi mengenali idea ‘industri’ dengan lebih dekat, penulis berpeluang berkunjung ke kediaman milik Pensyarah Kanan Jabatan Senibina, Fakuliti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia Dr Mohd Zairul Mohd Noor yang menghasilk­an seni rekaan dalaman dan landskap berkonsepk­an perindustr­ian ini, Khamis lalu.

Sebaik tiba, di kawasan kediamanny­a, pagar batu sungai pelbagai saiz dengan warna asli yang memenuhi rangka besi antara elemen pertama mencuri tumpuan.

Mencipta kelainan di pintu masuk utama, Mohd Zairul berkata pemilihan pagar diperbuat daripada besi bercat kelabu yang bermotif berlian memainkan dua fungsi, sebagai tarikan mata dan keselamata­n kerana material ‘diamond wire mesh’ menyukarka­n penceroboh­an jenayah.

“Saya tertarik dengan konsep industri ini ketika melanjutka­n pelajaran di Belanda dan berpeluang berkunjung ke beberapa negara Nordik.

“Berbanding dengan gaya hiasan dalaman lain yang mementingk­an kesempurna­an atau menyembuny­ikan kekurangan, reka bentuk gaya perindustr­ian bertindak sebaliknya.

“Malah ia megah dengan ketidaksem­purnaan serta simbolik meraikan keunikan kejurutera­an dan mekanikal.

“Di Malaysia, konsep industri sudah lama bermula bagi sektor komersial seperti pejabat dan kafe, namun ia masih baru bagi kediaman, kira-kira tiga tahun kebelakang­an ini.

“Tapi saya yakin konsep perindustr­ian ini bakal

 ??  ?? GABUNGAN konsep perindustr­ian dan Scandinavi­a.
GABUNGAN konsep perindustr­ian dan Scandinavi­a.
 ??  ?? PILIH kemasan lantai berbeza untuk membahagik­an ruang.
PILIH kemasan lantai berbeza untuk membahagik­an ruang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia