Harian Metro

DR Mohd Zairul

-

menjadi ikutan dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

“Selain itu, rakyat Malaysia sedang ‘mengenali’ konsep ini dan sukar untuk mereka menerima dekorasi perindustr­ian secara keseluruha­n.

“Oleh itu, saya mengambil pendekatan seni hiasan dalaman dan luaran kediaman peribadi yang menggabung­kan konsep perindustr­ian dan Scandinavi­a.

“Walaupun konsep industri nampak

‘raw’ (mentah) dan kasar, menariknya ia mementingk­an idea dwifungsi. Umpamanya, saya menonjolka­n taman menegak yang menjadikan jeriji sebagai elemen utama dan fungsi lainnya sebagai keselamata­n pada tingkap.

“Jeriji ini bukan saja langkah berjaga-jaga, bahkan kita boleh memanfaatk­an reka bentuknya dengan bungaan menjalar yang memenuhi fungsi taman menegak.

“Gabungan ‘hardscape’ (merujuk kepada elemen besi) dan ‘softscape’ (elemen kayu dan tumbuhan) menyerlahk­an keunikan dan keistimewa­an konsep perindustr­ian,” jelasnya ketika ditemui.

Selain taman menegak, landskap taman milik Mohd Zairul turut disempurna­kan dengan meja kayu ‘usang’, buaian berantaika­n besi, gantungan lampu bermotifka­n loket dan barisan pokok buluh Jepun yang menghasilk­an irama sebaik daunnya ditiup angin.

Ruang dalaman

Sentuhan kombinasi konsep perindustr­ian dan Scandinavi­a sempurna!

Itu yang bermain di minda penulis sebaik melangkah masuk ke kediaman semi-D berkeluasa­n 2,200 kaki persegi yang memiliki tujuh bilik selepas melalui proses pengubahsu­aian dua bulan lalu ini.

Bagi Dr Mohd Zairul, rumah adalah manifesto personalit­i individu dan sentuhan dekorasi diibaratka­n cerminan kehidupan pemilik. Bagi menguatkan lagi imbasan peribadiny­a, beliau memberi suntikan industri utama pada dinding ruang anjung.

Menepati konsep industri dengan salutan dinding (cladding wall) bertemakan batu-bata, gabungan rona merah bata, rak besi hitam serta limpahan cahaya lampu putih hangat (warm light) mencuri tumpuan.

Selain itu, bagi membezakan setiap ruangan Mohd Zairul memilih kemasan lantai berkayu bagi ruang anjung sekali gus membahagik­an dua seksyen antara anjung dan ruang tamu.

“Ramai antara pemilik rumah mengamalka­n kaedah pembahagia­n ruang dengan menggunaka­n rak atau pembahagi kayu. Teknik ini akan membuatkan ruangan menjadi lebih sempit dan menyukarka­n proses pembersiha­n.

“Sebenarnya kita boleh membahagik­an setiap ruangan berbeza dengan kaedah menggunaka­n kemasan lantai atau siling berlainan. Selain nampak lebih cantik, ia juga menjimatka­n ruang.

“Tidak salah sekiranya kita hendak menggunaka­n rak atau pembahagi ruang, tetapi saya menyaranka­n pemilihan material berkaca lutsinar kerana ia tidak menghalang pandangan dan membuatkan rumah lebih luas.

“Seperti ruang makan, saya turut memasang cermin besar pada dinding untuk memberi ilusi ruangan lebih luas di bahagian yang sempit ini.

“Tambahan pula, kita memilih meja makan berbentuk potongan asal kayu ‘African Mahogany’ yang agak besar demi merealisas­ikan konsep ‘industrial’.

“Bagi ruang tamu, idea isteri adalah mencipta suasana ‘funky’ (gilagila) dan santai. Jadi kita menggabung­kan tiga jenis perabot dan warna yang lebih terang seperti biru kehijauan, jingga dan merah jambu,” jelasnya yang turut menyediaka­n bilik televisyen berasingan.

Menginjak ke ruang peribadi sekeluarga, ruang dapur, idea dilaksanak­an Dr Mohd Zairul adalah pembahagia­n ruang dengan meletakkan meja makan dan dapur pada kedudukan ‘pulau’ (island kitchen) yang menjadi kebiasaan di luar negara.

 ??  ?? KONSEP perindustr­ian masih baru bagi rumah kediaman di Malaysia. TARIKAN utama di ruang anjung.
KONSEP perindustr­ian masih baru bagi rumah kediaman di Malaysia. TARIKAN utama di ruang anjung.
 ??  ?? PILIHAN lampu ‘loket’ serlah konsep perindustr­ian.
PILIHAN lampu ‘loket’ serlah konsep perindustr­ian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia