Harian Metro

Rumah plastik kitar semula

- Susunan Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Material miliki ciri-ciri tahan gempa bumi sesuai dengan standard Colombia

Seperti permainan Lego yang saling bercantum, inovasi plastik kitar semula dijadikan tiang dan bata yang dicetuskan Fernando Llanos serta Oscar Mendez pada 2011, membuatkan proses pembinaan seunit rumah dapat disempurna­kan dalam tempoh lima hari.

Idea menghasilk­an rumah plastik tercetus apabila Fernando berdepan kesukaran membina kediaman sendiri di Cundinamar­ca, Colombia dengan memindahka­n bahan binaan dari Bogota, 11 tahun lalu.

Situasi rumit itu membuatkan lelaki berkenaan membuat keputusan membina rumah impian barunya menggunaka­n material plastik.

Namun beberapa percubaan Fernando gagal sebelum beliau bertemu arkitek Oscar, yang sedang menghasilk­an tesis berkaitan subjek sama.

Akhirnya keduaduany­a bergabung menubuhkan syarikat Conceptos Plasticos apabila berjaya menghasilk­an produk inovasi yang turut dipatenkan itu.

Menekankan konsep hijau, material digunakan bagi menghasilk­an bata dan tiang ini diperbuat daripada plastik terbuang.

Lebih menarik, ketahanan bahan binaan inovatif ini dijangka dalam tempoh yang lama apabila kualitinya merosot kirakira 300 tahun.

Oscar tidak menafikan penggunaan plastik baru jauh lebih mudah kerana parametern­ya sudah ditentukan, namun wujudnya keseronoka­n apabila ‘bekerja’ dengan plastik kitar semula kerana ia memerlukan banyak

 ??  ?? KUALITI bahan plastik dijangka merosot selepas 300 tahun.
KUALITI bahan plastik dijangka merosot selepas 300 tahun.
 ??  ?? TEMPAT perlindung­an bagi 42 keluarga.
TEMPAT perlindung­an bagi 42 keluarga.
 ??  ?? MENGGUNAKA­N bata dan tiang daripada plastik terpakai.
MENGGUNAKA­N bata dan tiang daripada plastik terpakai.
 ??  ?? SEUNIT rumah plastik kitar semula boleh disiapkan dalam tempoh lima hari.
SEUNIT rumah plastik kitar semula boleh disiapkan dalam tempoh lima hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia