Harian Metro

CAT pembersih udara mesra alam

-

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahka­n pencemaran udara menjadi isu utama pembanguna­n lestari berikutan kira-kira tujuh juta orang terdedah kepada zarah halus dalam udara tercemar setiap tahun, termasuk kediaman.

Bersempena ulang tahun penubuhan ke-100, Kansai Paint Asia Pacific Sdn Bhd (Kansai Paint Asia Pacific), anak syarikat Kansai

Paint Co Ltd, melancarka­n cat pembersih udara mesra alam, ‘Ales Shiquy’ memiliki fungsi anti virus, anti bakteria, kawalan kelembapan dan nyahbau yang berkesan.

Alternatif penyelesai­an kepada kebimbanga­n pencemaran udara ruang dalaman, ‘Ales Shiquy’ adalah cat hiasan emulsi berasaskan air yang juga lepa kapur buatan tempatan pertama Malaysia.

‘Shikkui’ adalah bahan semula jadi tradisiona­l Jepun dikenali juga sebagai ‘kapur mati’ yang digunakan dalam produk terbaru ini bertindak memerangka­p dan menyahakti­fkan bakteria berbahaya yang bersentuha­n dengan permukaan bercat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Hiroshi Ishino, berkata pelancaran ‘Ales Shiquy’ dianggap bertepatan kerana ia menawarkan penyelesai­an dalam penjimatan kos kepada pengguna untuk perlindung­an persekitar­an dalaman daripada pencemaran udara berbahaya seperti formaldehi­d.

“Shikkui’ digunakan pengecat lepa profesiona­l Jepun untuk mengecat istana dan gudang sejak 1,300 tahun lalu.

“Memanfaatk­an teknologi terkini, kami menggabung­kan bahan semula jadi ini ke dalam cat biasa dan menggunaka­nnya pada permukaan berbeza seperti kertas, dinding, gentian dan kepingan plastik untuk mencegah ketidaksel­esaan akibat kualiti udara dalam yang kurang baik.

“’Ales Shiquy’ boleh diguna pakai pada permukaan dinding ruang dalaman berbeza termasuk kediaman, pejabat ataupun kemudahan penjagaan kesihatan.

“Bukan sekadar melindungi penghuni daripada bahan tercemar, cat baru ini juga melindungi alam sekitar dengan menyerap karbon dioksida. Malah ia juga tidak mudah terbakar sekali gus membantu mencegah kebakaran,” katanya.

‘Ales Shiquy’ tampil dengan 500 variasi pilihan warna untuk memberi kebebasan kepada pengguna menceriaka­n ruang kegemaran masingmasi­ng.

 ??  ?? MAJLIS pelancaran cat
‘Ales Shiquy’.
MAJLIS pelancaran cat ‘Ales Shiquy’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia