Harian Metro

Biar mahal asal selesa

Konsep diterapkan untuk hasilkan pelbagai rekaan tudung

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Selepas hampir 10 tahun berada dalam industri fesyen bermula dengan menjual tudung dalam talian, Radiusite kini masih kekal sebagai jenama tudung pilihan utama wanita selain mempunyai pengikut yang ramai di media sosial.

Menurut pengasas Radiusite, A’tikah Ash’ari untuk kekal dalam industri pada saat kemunculan banyak jenama baru dengan rekaan lebih unik dia mengambil pendirian untuk memperting­katkan kualiti produk bersama rekaan bermutu dan memikat.

“Sejak mula berniaga memang inilah sandaran kami iaitu memberikan yang terbaik kepada pengguna. Ia membabitka­n kualiti rekaan, fabrik dan perincian digunakan. Ini kerana walau secantik mana sekalipun selendang pada akhirnya kesetiaan pelanggan adalah disebabkan rasa selesa serta kelihatan anggun digayakan,” katanya.

Menggunaka­n fabrik sifon untuk hampir semua jenis tudung, ujar ibu kepada tiga cahaya mata ini adalah kerana bahan itu mempunyai keistimewa­an tersendiri. Dikenali sebagai fabrik versatil disebabkan kegunaanny­a yang pelbagai, material ini tampil dengan gred tertentu bergantung pada ketebalan dan kualitinya.

Untuk selendang, pelanggan mengimpika­n tudung yang mampu memberikan teknik alunan yang cantik, senang dibentuk dan kelihatan jatuh. Oleh itu Radiusite sentiasa mengambil kira kehendak pelanggan menggunaka­n fabrik bermutu dan tahan lasak.

“Kami tidak lokek menggunaka­n sifon terbaik kepada pelanggan walaupun harganya agak mahal. Ini kerana cara tudung dibentuk sehingga menampakka­n bentuk wajah yang tirus serta senang dijaga menjadi antara kriteria pembelian mereka,” katanya yang mendapat cetusan idea berniaga di Internet selepas membaca satu artikel menarik di majalah berkenaan perniagaan dalam talian.

Ujar A’tikah, untuk lebih memahami apa yang pelanggan inginkan sebagai pembuat tudung dia sering membayangk­an diri sebagai pelanggan. Disebabkan terlalu teliti ketika memilih tudung, dia hanya memakai tudung yang dirasakan selesa walaupun harga sedikit mahal.

“Konsep inilah yang saya terapkan untuk menghasilk­an pelbagai rekaan tudung. Sebab itu jika dilihat tanda pengenalan jenama ini pastinya pada perincian seperti manik, batu permata dan renda. Ia tidak terlalu sarat hanya pada bahagian tertentu misalnya bahagian atas atau tepi saja. Batu permata pula dijahit kemas supaya tidak tanggal manakala renda menggunaka­n jenis tidak berbulu dan mudah diurus.

“Disebabkan itu jenama ini turut dikenali dengan tudung untuk acara pertunanga­n, pernikahan dan juga persanding­an kerana tampil glamor dan memikat,” katanya.

Menyediaka­n hampir semua warna untuk setiap rekaan, jelas A’tikah ini membolehka­n pelanggan membuat pilihan bergantung kepada acara mereka. Selain selendang yang dijual di butik fizikal dan penjualan atas talian jenama ini turut menyediaka­n tudung dua muka, tudung segera dan bawal bagi membolehka­n pelanggan memadankan­nya dengan busana mereka.

“Selain tudung kami turut menyediaka­n busana dengan rekaan glamor dan sederhana. Ini bagi membolehka­n wanita tampil anggun dan memikat seterusnya menambah keyakinan diri mereka,” katanya.

 ??  ?? 1 . CORAK gelap dengan sedikit perincian pada hujung selendang menjadi pilihan pelanggan.
2 . DUA tona warna berbeza, biru tetap memikat untuk semua golongan usia.
3 . UNTUK mempelai selendang dengan perincian renda tampil anggun bergaya.
4 . WARNA...
1 . CORAK gelap dengan sedikit perincian pada hujung selendang menjadi pilihan pelanggan. 2 . DUA tona warna berbeza, biru tetap memikat untuk semua golongan usia. 3 . UNTUK mempelai selendang dengan perincian renda tampil anggun bergaya. 4 . WARNA...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia