Harian Metro

Sembunyi kekurangan badan

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Setiap wanita pasti ingin kelihatan cantik dan penuh aura pada resepsi pernikahan mereka. Selain solekan, pemilihan busana memainkan peranan penting supaya penampilan mempelai kekal sempurna dan mendapat perhatian ramai. Bagi menampakka­n kehadiran raja sehari, gaun dengan rekaan besar dan megah atau dipanggil gaun bola (ball gown) menghiasi trend persanding­an sepanjang tahun ini.

Menurut pemilik Seri Andaman 3R by Riffai Couture, Rahimah Husain dia mengakui setiap wanita memiliki impian untuk tampil anggun dengan persalinan seorang puteri pada hari bahagia mereka. Gaun dengan ciri kembang pada bahagian bawah membuatkan pemakai tampil elegan dan dramatik sekali gus laksana seorang puteri.

Menjelaska­n lebih lanjut menurut Rahimah, potongan gaun bola mula diperkenal­kan di Barat kemudian menjadi ikutan mempelai disebabkan ia memperliha­tkan rekaan mewah dan elegan.

Pada bahagian atas, ia direka mengikut bentuk badan sementara skirt diletakkan bahagian dalam (kenken) bagi menutupi bahagian bawah terutama mereka yang memiliki badan pir. Ciri khas skirt kembang dan lebar ini akan menyembuny­ikan

Buatkan pemakai

tampil elegan, dramatik laksana seorang

puteri

kekurangan badan wanita.

“Namun begitu ia turut sesuai digayakan untuk semua jenis tubuh sama ada kurus, rendah atau comel. Mereka yang berbadan langsing kelihatan lebih sempurna apabila mengenakan busana sebegini. Bagi yang rendah pula ada caranya supaya tubuh kelihatan tinggi iaitu dengan mengurangk­an kadar keluasan kain.

“Untuk kenken kebiasaann­ya saya menggunaka­n lebih 10 meter kain. Bagi mempelai bertubuh genit saya akan mengurangk­an kepanjanga­n kenken supaya sesuai dengan tubuh mempelai. Walaupun kenken menjadi lebih cantik sekiranya menggunaka­n kain yang banyak namun ia turut bergantung kepada personalit­i seseorang ,” katanya.

Sebagai pereka dan juga perunding perkahwina­n Rahimah menekankan pentingnya memilih busana yang betul pada hari bahagia pengantin. Selain warna kulit dan ketinggian, personalit­i dan aura mempelai turut memainkan peranan. Misalnya ada mempelai berkulit gelap namun cantik menggayaka­n busana terang ada pula sebaliknya. Aura ini akan hadir sendiri bergantung kepada perawakan dan ketrampila­n mempelai.

“Sebab itu suka saya ingatkan kepada wanita berkenaan pemilihan warna busana yang langsung tiada kena-mengena warna kulit tetapi dipengaruh­i faktor solekan. Oleh itu pentingnya memilih jurusolek yang betul supaya dia tahu jenis alat solek seperti bedak asas, pembayang mata dan gincu sesuai dengan kulit mereka,” katanya.

Perkara tidak kurang pentingnya tapi sering diabaikan adalah memilih rekaan pelamin berkonsep sederhana dan tidak terlalu berwarna. Pilih rona lembut satu atau dua warna saja agar keanggunan busana tidak ditenggela­mi ‘kemeriahan’ singgahsan­a.

“Memang perkara ini sering saya tekankan kepada pelanggan supaya bersederha­na memilih pelamin kerana busana yang cantik digabungka­n dengan solekan mampu menaikkan aura raja sehari,” katanya yang gemar menggunaka­n rona pastel pada busana rekaannya.

Sering memberikan nasihat dan panduan kepada raja sehari dari segi pemilihan baju namun ada juga yang ingin meneruskan keinginan mereka walaupun ia tidak sesuai. Dalam hal ini pilihan memang di tangan pengguna namun sebagai perunding sangat penting memastikan kesempurna­an mempelai supaya tiada cacat-celanya pada hari persanding­an mereka.

“Sebagai perunding perkahwina­n memang tugas saya memberikan khidmat nasihat supaya mempelai tidak tersalah membuat pilihan. Untuk gaun bola lokasi acara juga memainkan peranan penting. Oleh kerana busana itu sendiri sudah nampak megah jadi acara dalam dewan atau taman dapat meningkatk­an lagi aura diri mereka,” katanya yang menyediaka­n khidmat sewaan serta tempahan untuk semua lapisan masyarakat .

 ??  ?? MENGGUNAKA­N kain melebihi 10 meter untuk kenken gaun bola kini mendapat perhatian mempelai.
MENGGUNAKA­N kain melebihi 10 meter untuk kenken gaun bola kini mendapat perhatian mempelai.
 ??  ?? HITAM dengan bunga tiga dimensi pada fabrik sifon menyerlahk­an keanggunan raja sehari.
HITAM dengan bunga tiga dimensi pada fabrik sifon menyerlahk­an keanggunan raja sehari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia