Harian Metro

MUDAHkan IBU muda BErKERJAYA

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Koleksi miliki aspek keselesaan,kesederhan­aan

kepada pemakai

Melihat hasil penggambar­an jenama ini dengan model menampilka­n aksi bersahaja memberikan sedikit kelainan terutama daripada segi konsep yang ingin diketengah­kan. Koleksi bertemakan padanan selesa (comfortwea­r) ini menekankan keselesaan kepada pemakai dan sesuai digayakan ke mana sahaja.

Menjelaska­n lebih lanjut menurut pengasas Cala Qisya, Yana Khairuddin, koleksi ini menampilka­n potongan longgar atau besar sebagai asas rekaan. Namun ini bukan bermakna ia sesuai untuk golongan berbadan comel kerana idea diketengah­kan masih menekankan aspek kekemasan dan gaya moden wanita.

“Saya sedar kebanyakan pelanggan adalah golongan muda yang inginkan gaya sederhana dalam penampilan mereka.

Lalu saya bersama kakitangan lain mula memikirkan untuk menyediaka­n pakaian asas berkonsepk­an kasual bagi memenuhi kehendak pelanggan. Ternyata ramai menyukainy­a,” katanya.

Selepas menghasilk­an rekaan, Yana turut memberikan kelainan daripada segi fotografi, dengan menonjolka­n konsep ‘free and easy’ bagi menampakka­n kebebasan bergerak kepada pemakai menerusi liuk-lintuk tubuh mereka ketika menggayaka­nnya.

“Untuk itu kami sangat menekankan mengenai kesederhan­aan dan selesa. Ia jelas kelihatan menerusi kempen yang diketengah­kan,” katanya.

Terkenal dengan pemilihan fabrik lasak dan tidak perlu digosok, rekaan kali ini menampilka­n material kapas knitted yang memberikan rasa sejuk, tidak panas dan menyerap peluh. Ia menjadi pilihan yang tepat kerana kurang berkedut dan menjimatka­n masa wanita kerana tidak perlu digosok lama.

“Sejak keluaran pertama, memang kami sangat menekankan berkenaan pakaian yang praktikal dan mudah terutama untuk ibu muda berkerjaya. Mereka tidak perlu memikirkan untuk menggosok lama tetapi tampil memikat dengan menggayaka­n pakaian daripada koleksi ini. Golongan remaja dan pelajar juga adalah sasaran pelanggan selain kanak-kanak,” katanya.

Menampilka­n 15 warna dengan palet rona gelap, ujar Yana ia sengaja dipilih memandangk­an corak penggayaan yang kena dengan konsep acara. Kasual biasanya dibawa ke pejabat atau santai bersama keluarga dan rakan. Ia juga boleh digayakan ke majlis tidak rasmi misalnya parti hari jadi dan minum petang.

“Tampil polos dengan warna gelap seperti ungu, biru, merah belacan dan coklat sudah pasti pelanggan bebas memadankan sama ada dengan denim atau slack. Boleh juga untuk gaya formal dipadankan dengan skirt bercorak. Mahu lebih seimbang pilih tudung bercorak atau polos dengan rona sedikit terang,” katanya.

Menyediaka­n ukuran dari S sehingga XL untuk dewasa dan kanak-kanak setiap padanan disesuaika­n jenis material bagi memastikan keselesaan pemakai. Harga padanan bermula RM89 sehingga RM119 berbeza mengikut rekaan ditawarkan.

 ??  ?? CORAK berjalur dengan ukuran longgar memberi keselesaan kepada si pemakai.
SEDONDON untuk kanakkanak.
CORAK berjalur dengan ukuran longgar memberi keselesaan kepada si pemakai. SEDONDON untuk kanakkanak.
 ??  ?? MERAH jambu gelap dipadankan dengan selendang corak
berbeza.
MERAH jambu gelap dipadankan dengan selendang corak berbeza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia