Harian Metro

WAGS Perancis Bergaya di Istana

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Mereka tidak beraksi di atas padang namun sambutan wira turut diberikan oleh isteri dan teman wanita (WAG’S) pemain Perancis selepas Les Bleus berjaya menumpaska­n Croatia 4-2 dalam perlawanan akhir Piala Dunia Russia 2018 Ahad lalu.

Kehadiran WAG’S Perancis dengan pakaian serba cantik dan menawan di samping teman lelaki serta suami mereka di

Elysee Palace di Paris ternyata menarik perhatian jurugambar yang hadir.

Antara mereka yang kelihatan paling menonjol pada majlis berkenaan ialah Rachel Legrain-Trapani iaitu teman wanita pertahanan kanan Perancis, Benjami Pavard bersama isteri Antoine Griezmann, Erika, Choperena

Kedua-dua jelitawan itu juga dilihat tidak putusputus memberi sokongan padu kepada Perancis yang berjuang di Russia sehingga berjaya mengulangi pencapaian 1998.

Sebaik tiba di Elysee Palace WAG’S Perancis ini tidak putus-putus melemparka­n senyuman ketika mereka hadir bersama pasangan masing-masing Isnin lalu.

Kehadiran penyokong di luar kediaman rasmi Presiden Perancis, Emmanuel Macron itu menambahka­n lagi suasana penuh meriah malah isteri dan teman wanita pemain tidak ketinggala­n untuk melambaika­n tangan kepada mereka.

Ada di antara mereka datang dengan membawa anak namun tetap kelihatan elegan dengan berjalan penuh bersemanga­t dan berkeyakin­an melalui karpet merah di istana berkenaan.

Erika misalnya memilih untuk memakai pakaian berwarna putih dan kasut merahnya pula dihiasi dengan mutiara, sambil mendukung anaknya, Mia.

Turut kelihatan ialah teman wanita Paul Pogba, Maria Zulay Salaues bersama ibu pemain Manchester United itu, Yeo yang lebih selesa dengan pakaian tradisiona­l.

Isteri pemain tengah Perancis, Steven N’Zonzi, Lynda pula dilihat mengenakan pakaian lebih sederhana iaitu baju bewarna putih dengan seluar panjang hitam

Kumpulan WAG’S Perancis ini seterusnya disambut oleh isteri Presiden, Brigitte Macron, yang turut kelihatan penuh bersemanga­t dan gembira.

Brigitte turut mengambil kesempatan untuk memegang dan menjulang trofi Piala Dunia bersama Pogba yang bergaya dengan sut berwarna biru serta kacamata kuning.

Bagaimanap­un, Pamela Anderson yang sebelum ini bercinta dengan pemain pertahanan, Adil Rami tidak kelihatan pada majlis berkenaan walaupun dia sering hadir memberi sokongan di stadium ketika aksi berkaitan dengan Perancis.

 ??  ?? SARAH (kanan) teman wanita Corentin Tolisso.
RACHEL.
Erika bersama anaknya, Mia.
SARAH (kanan) teman wanita Corentin Tolisso. RACHEL. Erika bersama anaknya, Mia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia