Harian Metro

FAM baru harus mesra penyokong

-

dan Franz Beckenbaue­r (Jerman) selaku individu yang berjaya menjuarai Piala Dunia sebagai pemain dan jurulatih.

Dalam bola sepak Malaysia, nama Chow Kwai Lam pula tetap gah antara segelintir yang berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia sebagai pemain dan jurulatih. Jasa bekas pemain dan jurulatih skuad Barcelona Babes itu akan pasti dikenang selepas†beliau menghembus­kan nafas terakhirny­a Isnin lalu di Kuala Lumpur ketika usia 76 tahun.

Masih segar dalam ingatan saya bagaimana

Kwai Lam pernah memberi tips cara ingin melakukan rembatan kencang ketika mengendali­kan Kuala Lumpur pada tahun 1980-an dulu. Takziah buat seluruh ahli keluarga mendiang Chow Kwai Lam.

Namun, sejarah dan kejayaan bukan segalagala­nya buat peminat bola sepak tanah air. Dekad kebelakang­an ini, hinggalah kepada era ‘netizen’, peminat dan penyokong juga mahukan ketelusan dan komitmen yang lebih profesiona­l dalam pengurusan bola sepak tempatan.

Daripada pelantikan pegawai persatuan dan pasukan, mahupun pengendali­an liga, penyokong masa kini mahukan keterbukaa­n dan keadilan. Banyak elemen subjektif dalam hal seumpama itu tetapi penyokong dewasa ini tetap lantang mahukan yang terbaik.

Dalam konteks situasi terbaru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang kini dipengerus­ikan Datuk Hamidin Mohd Amin serta Setiausaha Agung yang baru, Stuart Ramalingam, pemerhati bola sepak tanah air mahukan integriti dan penambahba­ikan dalam semua aspek.

Ada banyak sebab sebenarnya di sebalik kelantanga­n menagih pengurusan yang lebih dinamik, sama ada dari FAM dan MFL atau persatuan negeri. Penyokong era

Ultras sangat kepingin dan yakin bola sepak Malaysia seharusnya beraksi dalam Sukan OIimpik, Piala Malaysia, malah ke Piala Dunia!

Penghujung musim Liga Super dan selepas tamatnya Piala Dunia Russia 2018, mereka bagaikan ingin melepaskan geram terhadap senario bola sepak tempatan.

Ramai yang mendakwa sambutan hambar penyokong di stadium untuk aksi liga disebabkan mereka mulai bosan dengan pengendali­an bola sepak tempatan, hakikat yang agak nyata berdasarka­n jumlah penonton yang merudum ketika bulan Ramadan dan Syawal, hampir serentak pula Piala Dunia.

Sesungguhn­ya rungutan mereka di laman maya, biarpun daripada sebilangan kecil, perlu diperhalus­i oleh FAM/MFL serta persatuan negeri dan ahli gabungan badan induk itu.

Diharapkan sambutan penonton akan kembali meningkat dalam Piala Malaysia bulan depan. Ia juga memerlukan bantuan agar lebih banyak pasukan yang mampu mencabar JDT selepas†terlalu ketaranya dominasi Harimau Selatan menjuarai Liga Super untuk musim kelima berturuttu­rut.

FAM perlu memandang serius dengan setiap langkah yang diambilnya ketika ini jika ingin melihat bola sepak kekal sebagai sukan nombor satu di Malaysia. Banyak banyak inisiatif diambil, namun langkah untuk ke hadapan, memerlukan sesuatu yang lebih dan mesra penyokong selepas ini.

Apakah perkara yang boleh kita anggap “mesra penyokong”? Sebagai badan induk, itu seharusnya

FAM tahu. Barang kali hal kejayaan Harimau Malaya, usaha pembanguna­n yang serius, ataupun pembetulan sikap dalam kalangan persatuan negeri.

Antara cara singkat dan terbaik, ialah pastikan persiapan paling teliti Harimau Malaya untuk kita benar-benar mencabar kejuaraan Piala Suzuki-AFF hujung tahun ini. Jumpa lagi!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia