Harian Metro

“SAYA AKAN KEMBALI” - RONALDINHO

-

Masih ingat dengan Patrick Ronaldinho Wleh, pemain import dari Liberia yang pernah mewarnai liga bola sepak negara semasa mewakili PKNS FC dan Selangor?

Musim ini, dia hilang dari radar bola sepak kita selepas PKNS tidak menyambung kontraknya. Spy Bola sendiri sudah hampir melupakann­ya.

Tapi, tiba-tiba, baru-baru ini, Spy menerima mesej melalui WhatsApp daripada pemain itu bertanya khabar. Terkejut juga sebab tidak sangka dia masih mengingati Spy.

Sebenarnya, Spy Bola memang rapat dengan kebanyakan pemain import dalam liga kita tapi selalunya selepas mereka meninggalk­an negara ini, kami akan terputus hubungan.

Patrick beritahu Spy

Bola dia kini bermain untuk kelab Petrojet FC di Mesir.

“Saya akan kembali ke Malaysia musim depan,” kata Patrick ringkas tanpa menjelaska­n lebih lanjut apakah dia ada menerima tawaran daripada manamana kelab di negara ini.

Namun, Spy Bola yakin, jika benar menerima tawaran, Patrick akan kembali ke Malaysia kerana dia pernah memberitah­u Spy bahawa dia sangat suka dengan suasana di negara ini yang dianggapny­a sebagai rumah kedua.

Malah, apabila PKNS menamatkan kontraknya, Patrick mengharapk­an ada kelab lain yang membuat tawaran kerana dia ingin terus bermain di sini.

Dia adalah antara pemain import paling lama pernah beraksi di sini bermula bersama Sime Darby pada 2012 sebelum berpindah ke PKNS pada tahun berikutnya sehingga musim lalu.

Sudah tentu dia sudah sebati dengan bola sepak Malaysia, jadi tidak hairan jika dia masih merindui suasana di sini.

Spy Bola: Dah jadi warga KL.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia