Harian Metro

AKSI HAMBAR CETUS SANGSI

-

Sosek-sosek yang sampai ke telinga Spy Bola, penyokong sebuah pasukan Liga Super mula hilang keyakinan ke atas pasukan mereka malah sangsi dengan prestasi pemain yang tiba-tiba merudum pada musim ini sedangkan boleh dikatakan mereka mengekalka­n skuad yang sama.

Mereka syak pemain pasukan itu menerima habuan untuk kalah atau dalam erti kata sebenar, mereka menuduh pemain pasukan itu makan rasuah.

Rupa-rupanya, bukan Spy Bola seorang yang mendengar cerita kurang enak itu. Seorang presiden kelab penyokong pasukan berkenaan yang dihubungi Spy baru-baru ini turut menceritak­an perkara yang sama.

“Seorang penyokong menemui saya selepas pasukan kami kalah dalam satu perlawanan barubaru ini. Dia mendakwa kami kalah kerana pemain mengambil rasuah.

“Malah, dia mendakwa mempunyai bukti terhadap dakwaannya itu. Bila saya tanya apa buktinya, dia kata tidak mahu dedahkan kepada saya.

“Jadi, saya cabar dia agar mengadu kepada SPRM (Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia) jika benar dia mempunyai bukti,” katanya.

Spy Bola sangat bersetuju dengan kata-kata presiden kelab itu, jika ada bukti lebih baik adu kepada SPRM daripada menuduh membuta tuli.

Tapi, Spy Bola lebih percaya dakwaan itu sekadar luahan perasaan penyokong yang kecewa dengan prestasi pasukan berkenaan musim ini yang jauh merosot berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Spy Bola: Tukang siasat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia