Harian Metro

SHAHZRIL MAHU TAMBAH KENALAN

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Mungkin ada yang tidak mengenali Shahzril Ahmad yang pernah berlakon dalam beberapa drama dan telefilem tanah air.

Ini mungkin kerana namanya jarang dipaparkan dalam media walaupun sudah menceburi bidang seni sejak 2012.

Malah, suatu ketika dulu, pelakon berusia 29 tahun ini pernah menjadi bualan hangat ramai berikutan kontrovers­i membabitka­n seorang penerbit.

Masalah kesihatan bapa selain komitmen terhadap kerja tetap menyebabka­n anak muda ini sukar fokus terhadap karier lakonan.

“Lakonan pertama saya dalam drama TV3 berjudul Hujan pada 2013. Sepanjang tempoh enam tahun ini, saya sudah beberapa kali berehat daripada lakonan kerana masalah peribadi. Selain itu, saya juga

Bakal kembali ke kaca TV

menerusi drama bersiri Mencari Kiblat

mempunyai kerja tetap.

“Pada 2016, saya tidak menerima tawaran berlakon kerana mahu menjaga bapa yang menghidap kencing manis,” katanya.

Menurut peserta Hero Remaja 2012 ini, tawaran berlakon sentiasa datang, namun terpaksa menolak kerana bimbang sukar memberi komitmen.

“Kalau berlakon drama, saya terpaksa tolak kerana waktu penggambar­an lama. Sekiranya telefilem, saya boleh meminta cuti kerja kerana penggambar­an cuma beberapa hari,” katanya.

Menurut Shahzril yang kini bekerja sebagai pegawai pentadbir sebuah jabatan kerajaan, dia kembali aktif berlakon kerana keadaan sudah mengizinka­n.

“Selepas bapa meninggal dunia tahun lalu, saya dan adik-beradik perlu bergilirgi­lir balik kampung di Melaka untuk menjaga ibu.

“Ketika itu, saya perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada keluarga selain ada tanggungan.

“Sekarang, keadaan keluarga sudah stabil dan saya sudah ada masa untuk fokus terhadap lakonan,” katanya.

Shahzril memberitah­u bertuah apabila rezeki lakonan datang menerusi drama bersiri Mencari Kiblat yang dijangka bersiaran di TV3 pada September ini.

Mengenai kontrovers­i lalu, Shahzril mengakui isu terbabit sedikit sebanyak menjejaska­n karier seninya.

“Ketika itu saya masih muda dan baru menceburi bidang lakonan.

“Nasib saya kurang baik kerana isu terbabit tercetus disebabkan pihak ketiga.

“Disebabkan kontrovers­i itu, saya mengambil keputusan berehat sebentar sebelum kembali dalam telefilem Sebuah Pangkin Kayu pada 2014.

“Hubungan saya dengan penerbit itu baik-baik saja dan menganggap isu terbabit sebagai salah faham,” katanya.

Dengan kehadiran ramai pelakon baru sekarang, Shahzril memberitah­u tidak rasa terjejas sebaliknya mempunyai cara tersendiri untuk mengukuhka­n nama.

“Bagi saya, paling penting adalah komunikasi baik dengan penerbit dan pengarah.

“Memandangk­an sudah lama meninggalk­an industri seni, saya perlu tambah kenalan,” katanya.

Selain berlakon,

Shahzril memberitah­u dia aktif sebagai model untuk pakaian pengantin serta baju kurta sepanjang Ramadan lalu.

 ??  ?? SHAHZRIL sebagai pegawai pentadbir sebuah jabatan
kerajaan.
SHAHZRIL sebagai pegawai pentadbir sebuah jabatan kerajaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia