Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV 3, 12.02 tengah hari CEREKAPILI­HAN: KARLISA TV 3, 6.58 petang DAHLIA: CIK SEMPURNA TV 3, 9.02 malam CEREKARAMA: KEMBALIKAN SINARNYA TV 3, 12.32 tengah malam TV 3 CINEMA: YOUNG ADULT

Karmila anak sulung pasangan Puan Faridah dan Tuan Bahrin.

Dia hidup bahagia kerana ibu bapanya memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang terhadapny­a. Bagaimanap­un, dia mula berubah sejak kelahiran adiknya, Karlisa.

Karmila lebih banyak mendiamkan diri apabila melihat ibu bapanya memberikan lebih banyak perhatian terhadap Karlisa.

Karmila juga melepaskan kemarahann­ya terhadap Karlisa. Malah, setiap kali Karlisa mendekatin­ya, dia dimarahi dan diherdik.

Bagaimanap­un, Karlisa tidak ambil hati. Dia hanya tersenyum dan akan meluangkan masa dengan melukis. Dia berdoa supaya suatu hari nanti Karmila akan berubah dan memberikan kasih sayang kepadanya.

PELAKON: Ruhainies, Qistina Raisya, Watie Sadali, Fizz Fairuz dan Hafiz Mikail Mak Som kasihan melihat Munirah yang terkial-kial di dapur lalu dia tawarkan untuk mengajar Munirah memasak. Namun, Munirah lebih sibuk melayan telefon dan barulah Mak Som tahun menantunya itu seorang pemalas.

Noreen dan Hadi pula selalu bergaduh. Noreen tidak tahan dengan sikap selamba dan marah

Hadi. Tak cukup dengan itu, mama dan papa juga bermasalah kerana mama mengesyaki papa ada wanita lain.

PELAKON: Azrel Ismail, Zoey Rahman, Dayang Areeda, Aman Graseka dan Catriona Ross Azali seorang anak didik arwah atuk Uzhma, orang yang kuat agama suatu ketika dahulu. Namun, dia mula berubah selepas berpindah ke Kuala Lumpur.

Bapanya pula sering ke luar negara untuk bekerja. Azali dimanjakan dengan wang bukan kasih sayang. Sehingga suatu hari, Azimah, ibu Azali membuat keputusan balik ke kampung dengan harapan dapat memulihkan hubunganny­a dengan Azali.

PELAKON: Aedy Ashraff, Nurul Hanynaa, Hafidz Roshdi, Eyka Farhana dan Dian P Ramlee Mavis Gary berusia 37 tahun dan sudah bercerai. Dia bekerja sebagai penulis buku bacaan dewasa.

Dia kemudian menerima e-mel daripada bekas teman lelakinya, Buddy Slade dan percaya mereka ditakdirka­n bersama.

Tanpa berfikir panjang, Mavis pulang ke kampung halamannya di Mercury, Minnesota untuk hidup bersama Slade. Dia merancang bertemu Slade di sebuah pusat sukan kononnya untuk mengenang kisah lalu.

Dia kemudian sempat bertemu teman sekolah, Matt Freehauf dan meluangkan masa di sebuah pusat hiburan.

Freehauf menasihati Mavis supaya melupakan hasratnya untuk meruntuhka­n rumah tangga Slade.

PELAKON: Charlize Theron, Patton Oswalt, Patrick Wilson, Elizabeth Reaser dan Collette Wolfe

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia