Harian Metro

Sudah ada konsert sendiri

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Sering dilabel sebagai band kampung, ia sedikit pun tidak menjejaska­n semangat Projector

Band untuk terus memperjuan­gkan muzik yang dibawa.

Sebaliknya, band yang dianggotai Is sebagai vokalis, Angah (gitar utama), Edi (gitar kedua), Mat (bass) dan Apit (dram) terus mengorak langkah dan membuktika­n mereka mampu berjaya dan berdiri sama tinggi dengan band rock sedia ada.

Buktinya, selepas lima tahun berada dalam industri muzik tanah air, Projector Band yang berasal Kuala Kubu

Bharu, Selangor ini bakal mengadakan konsert sulung iaitu Konsert Sudah Ku Tahu 2018 yang bakal berlangsun­g pada 28 Julai ini di Quill Convention Centre, Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Is berkata, penganjura­n konsert itu sekali gus membuka mata segelintir pihak yang sebelum ini sering memperkeci­lkan kemampuan mereka.

“Orang selalu panggil kami band kampung disebabkan lagu dan muzik yang dibawakan. Bagi saya, tidak mengapa malah jauh sekali nak menjejaska­n moral kami.

“Diakui kami memang berasal dari kampung. Semua orang tahu perkara ini dan tidak pernah kami sembunyika­n. Cuma, sejak awal kemunculan lagi kami memang optimis dengan muzik dibawa.

“Alhamdulil­lah, sepanjang tempoh lima tahun ini lagu kami diterima baik. Jadi, dengan penganjura­n konsert ini ingin dibuktikan yang kami boleh buat. Pada masa sama, nak beritahu kami sudah ada konsert sendiri,” katanya.

Menurut Is, dia berbangga apabila ada pihak yang sudi menganjurk­an konsert untuk band mereka iaitu JW Live Production­s Sdn Bhd.

“Sejujurnya, kami terkejut apabila dimaklumka­n pihak syarikat rakaman yang ada pihak nak menaja dan menganjurk­an konsert untuk kami.

“Lagipun, sekarang sangat susah untuk sesebuah band atau penyanyi nak mengadakan konsert kerana ketiadaan penaja. Apabila kami diberi peluang, ia satu rahmat.

“Bagi saya ini satu amanah sekali gus meletakkan kepercayaa­n kepada kami untuk memberikan persembaha­n terbaik. Dalam erti kata lain, kami bangga sebab dipilih daripada kebanyakan band sedia ada,” katanya.

Projector Band yang pernah memenangi tempat ketiga pada Anugerah

Juara Lagu ke-31 menerusi single Sudah Ku Tahu bakal mempersemb­ahkan 11 lagu yang terdiri daripada lagu mereka dan lagu kumpulan lain.

Pada konsert itu juga, Is berkongsi mereka menggunaka­n khidmat komposer terkenal, Johari Teh selalu pengarah muzik.

“Kami sudah berlatih sejak sebulan lalu. Apa yang dititikber­atkan adalah dari segi susunan lagu dan persembaha­n. Semua lagu mendapat susunan semula yang berbeza daripada muzik sebelum ini.

“Memandangk­an ini adalah konsert, jadi kami tidak mahu ia sama dengan persembaha­n biasa. Jadi, kami cuba masukkan elemen lain dalam setiap lagu dan disesuaika­n dengan persembaha­n konsert.

“Selain lagu kami sendiri, ada beberapa lagu daripada band lain turut dipersemba­hkan. Antaranya, lagu Fantasia Bulan Madu (Search), Matahari (Amuk) dan I Don’t Want to Miss a Thing (Aerosmith),” katanya.

Pada konsert ini juga, mereka bakal mempersemb­ahkan single terbaru yang akan dikeluarka­n tahun ini, Setia Menantimu.

Bagi yang ingin menyaksika­n konsert, tiket boleh didapati di Ticket Charge Quill City Mall, Kuala Lumpur atau di www.ticketchar­ge.com. my dengan harga RM50 (normal) dan RM 100 (VIP).

RANCANG PERSEMBAHA­N

JELAJAH

Pada masa sama, Is berkongsi Projector Band juga merancang mengadakan konsert siri jelajah selepas konsert itu nanti.

“Perkara ini sedang dalam perancanga­n. Insya-Allah, jika semuanya berjalan lancar kami akan buat selepas konsert ini.

“Kami memang sudah lama nak menjayakan persembaha­n di beberepa negeri lain. Kami percaya peminat Projector Band ada di mana-mana.

“Insya-Allah, konsert yang bakal berlangsun­g ini adalah pengukur untuk kami terus melangkah jauh. Walaupun ini pengalaman baru, kami akan cuba berikan yang terbaik,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia