Harian Metro

TAK CUKUP BELANJA

-

“Perbelanja­an keluarga meningkat selepas saya disahkan menghidap kanser payudara setahun lalu kerana terpaksa berulang-alik tiga minggu sekali ke Hospital Taiping untuk menjalani rawatan kemoterapi.

“Bantuan diberikan Harian Metro ini sedikit sebanyak meringanka­n beban kewangan kami terutama untuk berulang-alik ke hospital,” kata Habshah Ahmad, 61.

Habshah seorang daripada penerima bantuan di Kampung Belakang Pekan Kuak, di sini, sempena program Harian Metro Titipan Kasih Bulanan yang dianjurkan Harian Metro, semalam.

Selain menerima pelbagai barangan keperluan harian antaranya beras, gula dan minyak masak, Harian Metro turut menyampaik­an sumbangan wang tunai kepada keluarga berkenaan.

Sumbangan itu disampaiHa­bshah kan Pengarang Eksekutif, Projek Khas The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Othman Mamat.

Hadir sama, Ketua Komunikasi Korporat NSTP, Wan Abdillah Wan Nawi, Ketua Biro NSTP Perak Jalal Ali Mohd Abdul Rahim, Penghulu Mukim Lenggong, Noor Adzahar Mohd Yunus dan Penghulu Mukim Durian Pipit, Mohd Rizal Nordin.

berkata, kehidupan keluargany­a kini bergantung kepada suami, Shahbudin Ishak, 54, yang mengambil upah menoreh getah dengan pendapatan kurang RM400 sebulan.

Katanya, pendapatan itu tidak mencukupi kerana terpaksa menggunaka­n wang berkenaan untuk perbelanja­an sekolah anaknya, Mohamad Yusof, 14, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kati, di sini.

“Sebelum ini saya mengambil upah mengurut dan pendapatan itu dapat digunakan

 Penghidap kanser berulang-alik tiga minggu

sekali jalani kimoterapi bersyukur dibantu

untuk menampung perbelanja­an harian keluarga kami namun selepas disahkan menghidap kanser, saya tidak mampu lagi untuk mengurut.

“Setiap kali pulang daripada menjalani rawatan kemoterapi, saya menjadi lemah dan sehingga kini sudah lima kali saya menjalani rawatan itu,” katanya.

Habshah turut berterima kasih kepada Harian Metro kerana memilihnya sebagai penerima dan berharap lebih banyak syarikat swasta tampil untuk membantu mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia