Harian Metro

PENJAGA SETIA

- Ahmad Rabiul Zulkifli cnews@nstp.com.my

Pemilik kebun bela lapan anjing elak durian dicuri

“Kumpulan anjing ini pernah menyelamat­kan saya daripada diserang beruk, jasa semua anjing ini sangat besar kepada saya dan keluarga,” kata Ismail Tawang, 71, pemilik dusun durian di Kampung Lingai, Tepoh di sini.

Menurutnya, bukan saja beruk, tetapi banyak haiwan yang sebelum ini mengancam keselamata­n dia dan isteri, Zalina Abas, 45, ketika melakukan aktiviti di dusun durian itu terlebih dahulu diserang kumpulan anjing berkenaan, sekali gus menyelamat­kan mereka daripada serangan haiwan buas.

“Bagusnya membela anjing di dusun kerana haiwan ini akan memastikan keselamata­n tuannya sepanjang berada di dusun, malah harta benda termasuk hasil tanaman seperti durian juga terjaga daripada dicuri atau dimakan haiwan perosak seperti babi hutan dan beruk.

“Saya masih ingat detik cemas ketika cuba diterkam beruk bertaring di dalam dusun.

“Nasib baik anjing ini terlebih dulu menyerangn­ya sehingga berlaku pergelutan yang menyebabka­n beruk itu mati,” katanya.

Menurutnya, dia kagum dengan sifat semula jadi anjing yang setia, menyayangi tuan serta tidak pernah ingkar arahan dan tidak kisah tanggapan orang sekeliling kerana mereka menjaga haiwan itu mengikut apa ditetapkan agama.

Lapan anjingnya diberi nama Lily, Mimi, Kurus, Merah, Panjang, Beja, Kancil dan Bobo dibela Ismail sejak haiwan itu masih kecil serta melatih haiwan itu untuk melindungi kawasan dusun daripada diceroboh.

“Selepas membela lapan anjing, masalah kecurian tidak berlaku lagi dan tindakan kami ini bukan untuk keseronoka­n seperti membela kucing tetapi sebagai pengawal di dusun durian dan ladang kelapa sawit seluas 12 hektar,” katanya yang tinggal di Kuala Ibai.

Sementara itu, Imam Masjid Tengku Tengah Zaharah, Ahmad Ridhwan Radzi berkata, kegiatan memelihara anjing bagi tujuan menjaga harta benda termasuk dusun buah-buahan tidak dilarang dalam Islam dan dibolehkan kerana bersebab.

 ??  ?? ZALINA bersama anjing peliharaan di dusun durian miliknya.
ZALINA bersama anjing peliharaan di dusun durian miliknya.
 ??  ?? WARTAWAN Harian Metro, Ahmad Rabiul (kanan) menunjukka­n isi durian di kebun Ismail (kiri).
WARTAWAN Harian Metro, Ahmad Rabiul (kanan) menunjukka­n isi durian di kebun Ismail (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia