Harian Metro

Penjual nasi lemak dijel

-

Seorang penjual nasi lemak dihukum penjara 11 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah melakukan rompakan berkumpula­n di sebuah pusat karaoke menggunaka­n alat renjatan elektrik, dua tahun lalu.

Hakim Hilmiah Yusof menjatuhka­n hukuman itu terhadap Azizul Hariff Hamzah, 37, selepas pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 7 Jun 2016.

Sebelum ini pada 7 Februari 2017, Mahkamah Sesyen di sini, menjatuhka­n hukuman penjara 12 tahun ke atas Azizul sebelum lelaki itu membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi meringanka­n hukuman terhadapny­a.

Mahkamah Tinggi memerintah­kan kes dibicaraka­n semula pada 3 November 2017.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa bersama seorang dua lagi yang dijatuhkan hukuman dan seorang masih bebas melakukan rompakan berkumpula­n menggunaka­n alat renjatan elektrik ke atas pekerja wanita berusia 30 tahun dengan mencuri barang berharga milik premis karaoke itu termasuk wang tunai RM543.

Perbuatan didakwa dilakukan di kaunter pusat karaoke Aladdin di Jalan PJS 8/13, Dataran Mentari di sini, jam 5.10 petang, 3 Jun 2016.

Akibat tersalah menekan pedal minyak dipercayai punca dua individu maut dalam kemalangan di Jalan Lintas berhampira­n Taman Kendara, dekat sini, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia