Harian Metro

Sivarasa nafi syor MRSM untuk semua kaum

-

Kuala Lumpur: Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar R Sivarasa menafikan dakwaan beliau mengesyork­an Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dibuka kepada semua kaum.

Ketika dihubungi semalam, Ahli Parlimen Subang itu berkata, beliau tidak pernah membincang­kan syor berkenaan sebagaiman­a didakwa segelintir pihak sehingga tular di media sosial.

Beliau turut menafikan dakwaan cuba menukar nama MRSM kepada Maktab Rendah Sains Malaysia.

“Ini tidak betul dan fitnah. Harap tidak diulang. Cadangan kepada tukar nama (MRSM) tidak pernah dibuat.

“Cadangan (kemasukan terbuka) pun tidak betul. Tidak pernah dibuat,” katanya.

Sivarasa yang pernah terpalit isu memberi ceramah politik di Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang berkata, lawatannya ke Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur beberapa hari lalu, bagi membincang­kan sistem kuota sedia ada.

“Apa yang dibincang ialah dasar Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang sedia ada untuk memperuntu­kkan 10 peratus tempat di MSRM untuk penuntut bukan Bumiputera.

“MARA ada beritahu (maklum) sebahagian besar kuota masih tidak diisikan,” katanya.

Ketika ditanya keputusan dan perancanga­n beliau berkaitan sistem kuota sedia ada, Sivarasa enggan mengulas lanjut.

“Isu ‘keputusan’ tidak berbangkit. Dasar ini sudah lama,” katanya.

Semalam, kecoh apabila tersebar satu paparan aplikasi WhatsApp membabitka­n seorang ‘individu’ yang dipercayai bersama dalam pertemuan Sivarasa di Ibu Pejabat MARA di sini.

“Dalam taklimat kepada MARA hari tu, dia (Sivarasa) boleh persoalkan tak boleh ke MARA dibuka untuk semua?” katanya.

MARA ditubuhkan pada 1 Mac 1966 bertujuan memajukan, menggalakk­an, memudahkan serta menjalanka­n pembanguna­n ekonomi dan kemasyarak­atan Bumiputera dalam persekutua­n khususnya di kawasan luar bandar.

Pada Jun 2002, kerajaan memutuskan memperuntu­kkan kuota 10 peratus kepada bukan Bumiputera di MRSM dan Program Matrikulas­i untuk perancanga­n jangka panjang bagi memperkuku­hkan integrasi kaum.

Ketika itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin berkata, keputusan itu sama sekali tidak berniat untuk menjejaska­n kepentinga­n pendidikan orang Melayu.

Sistem kuota itu dilaksanak­an di semua MRSM di Semenanjun­g kecuali di MRSM Kinarut, Sabah dan Kuching, Sarawak yang telah dikhususka­n 100 peratus untuk Bumiputera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia