Harian Metro

Senarai item belum muktamad

-

Putrajaya: Senarai barangan dimuat naik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), kelmarin yang dikecualik­an daripada Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) masih dalam peringkat cadangan untuk menerima maklum balas orang awam.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, maklum balas itu bagi menentukan sama ada perlu untuk memasuk atau menggugurk­an mana-mana item daripada senarai barangan yang tersenarai untuk dikecualik­an daripada SST.

“Antara barang tersenarai untuk pengecuali­an ialah

big-ticket items seperti kapal terbang, kapal mewah, feri penumpang, helikopter, kapal angkasa dan peralatan luncur salji.

“Kementeria­n Kewangan berpandang­an adalah perlu barangan mewah iaitu big-ticket items dikenakan cukai SST,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Guan Eng berkata, sebagai Kerajaan Persekutua­n yang komited untuk bercakap benar berdasarka­n fakta dan angka, beliau bersedia menyatakan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) mungkin lebih telus dan efisien berbanding SST.

Katanya, ini kerana GST dikenakan ke atas lebih ramai pembayar cukai termasuk orang biasa hingga berjaya mengutip cukai RM44 bilion berbanding RM21 bilion yang dikutip SST.

“Maka lebihan RM23 bilion daripada GST ini membebanka­n rakyat sehingga kos sara hidup terjejas.

“GST lebih efisien dan telus apabila ia dikenakan ke atas 60 peratus daripada Bakul Barangan CPI berbanding dengan hanya 38 peratus daripada Bakul Barangan CPI oleh SST.

“Dengan penggantia­n GST kepada SST, maka RM23 bilion yang dikutip daripada GST akan dikembalik­an kepada rakyat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia