Harian Metro

Peroleh biaya Maybank

-

Kuala Lumpur: Fajarbaru Builder Group Bhd, KHK Group dan Beulah Internatio­nal, pemaju projek Paragon di Melbourne, memperoleh kemudahan pembiayaan bernilai hampir AS$100 juta (RM406 juta) daripada Maybank.

Perjanjian inisiatif pembiayaan itu dimeterai antara syarikat tujuan khas pembanguna­n projek itu, 320 Queen Street Pty Ltd dengan Malayan Banking Bhd (Maybank).

Fajarbaru memegang 22.22 peratus pegangan dalam syarikat tujuan khas itu, manakala KHK memiliki 35 peratus pegangan dan baki selebihnya dipegang oleh Beulah.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Fajarbaru, Datuk Seri Eric Kuan Khian Leng berkata, Paragon adalah projek kedua di Melbourne yang dibangunka­n kumpulan itu secara kerjasama dengan Beulah selepas projek usaha sama pertama, Gardenhill, yang memiliki nilai pembanguna­n kasar A$77 juta (RM230 juta) siap.

“Kami percaya pasaran pembanguna­n hartanah Australia akan terus menyediaka­n pendapatan kukuh bagi Fajarbaru pada tahun-tahun akan datang, didorong oleh peningkata­n permintaan terhadap hartanah berkualiti tinggi,” katanya.

Kuan berkata, pada masa hadapan, Fajarbaru merancang mengusahak­an projek pembanguna­n ketiga di Melbourne dengan Beulah, di mana ia akan memegang 49 peratus pegangan dalam projek pembanguna­n itu.

Kumpulan itu telahpun membeli sebidang lagi tanah di Northcote, Melbourne bagi projek terbaru itu yang diperuntuk­kan bagi sekurang-kurangnya 15 rumah bandar dengan anggaran nilai pembanguna­n kasar A$33 juta (RM99 juta).

 ??  ?? KUAN (kiri) menyaksika­n penyerahan perjanjian persefaham­an antara Maybank dan syarikat pemaju Paragon.
KUAN (kiri) menyaksika­n penyerahan perjanjian persefaham­an antara Maybank dan syarikat pemaju Paragon.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia