Harian Metro

NILAI GDV RM962j

- Nora Mahpar am@hmetro.com.my

LBS lancar dua projek kediaman bertanah di Lembah Klang

LBS Bina Group Bhd (LBS) akan melancarka­n dua projek kediaman bertanah di Lembah Klang dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM962 juta dalam tempoh dua bulan ini.

Pengarah Urusannya, Tan Sri Lim Hock San berkata, dua projek itu adalah Fasa 3 Alam Perdana, Puncak Alam dan Fasa 1 Cybersouth di Dengkil.

Beliau berkata, fasa 3 Alam Perdana, Puncak Alam yang dijangka dilancarka­n minggu depan membabitka­n GDV RM474 juta merangkumi 856 unit kediaman dua tingkat dan 28 unit semi-D dengan harga bermula dari RM509,900 dan RM850,000.

“Kumpulan yakin dapat mencapai sasaran jualan membanggak­an berpanduka­n jualan fasa 1, yang dilancarka­n Oktober tahun lalu sudahpun habis dijual,” katanya pada majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) di sini, baru-baru ini.

Hadir sama ialah Presiden TAR UC, Datuk Dr Tan Chik Heok.

Mengulas lanjut, Lim berkata, projek kedua selepas ini adalah Fasa 1 Cybersouth di Dengkil dengan GDV RM488 juta. Katanya, projek kediaman bertanah itu dijangka dilancarka­n September ini merangkumi 379 unit kediaman teres dua tingkat dan 698 unit kediaman ‘townhouse’ dengan harga bermula dari RM530,000 dan RM399,900.

Setakat 17 Julai, LBS mencatatka­n jumlah jualan RM914 juta, peningkata­n 54 peratus daripada RM593 juta yang dicatatkan tempoh sama tahun lalu, manakala jumlah jualan belum direkodkan sehingga akhir Jun pada RM1.7 bilion.

Mengulas mengenai MoU itu, Lim berkata, kerjasama itu membabitka­n usaha LBS Bina berkongsi dan meningkatk­an pengalaman pendidikan yang holistik dengan menyediaka­n persekitar­an pembelajar­an yang bermanfaat.

“Usaha ini adalah permulaan untuk meneroka bagaimana kita boleh menggabung­kan sumber kita sama ada bakat atau kemudahan, bagi menyokong pengalaman pembelajar­an yang lebih holistik untuk pelajar TAR UC,” katanya.

 ??  ?? LIM (dua dari kiri) dan Dr Tan (dua dari kanan) menandatan­gani MoU antara LBS Bina dan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di M3 Mall.
LIM (dua dari kiri) dan Dr Tan (dua dari kanan) menandatan­gani MoU antara LBS Bina dan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di M3 Mall.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia