Harian Metro

Geely catat kedudukan ke-267 senarai Fortune Global 500

-

Zhejiang Geely Holding Group (Geely Holding), syarikat teknologi automotif terbesar China mencatatka­n kedudukan ke-267, naik 76 anak tangga dalam senarai Fortune Global 500 yang dikeluarka­n baru-baru ini dengan pendapatan AS$41.1 bilion.

Penarafan itu menandakan tahun ketujuh berturut-turut Geely Holding tersenarai dalam Fortune Global 500.

Ia dicapai melalui keputusan yang kukuh Geely Holding pada 2017 berdasarka­n prestasi jualan anak syarikat terasnya iaitu Geely Auto China dan Volvo Cars.

Geely Auto merekodkan jualan melebihi 1.24 juta kenderaan pada tahun 2017, peningkata­n tahunan 63 peratus sementara jualan unit di Volvo melonjak tujuh peratus kepada 571,577 unit kenderaan.

Geely Holding dalam kenyataan berkata, pada separuh pertama 2018, pihaknya mencatatka­n perkembang­an yang pesat dengan hanya dalam enam bulan sehingga 30 Jun lalu, jualan Geely Auto mencapai 766,630 unit kenderaan, peningkata­n tahun ke tahun sebanyak 45 peratus.

Katanya, Volvo Cars juga menyaksika­n pertumbuha­n ketara melalui model ikoniknya XC40, XC60 dan XC90 dengan jualan mencapai 317,639 unit, pertumbuha­n sebanyak 14.4 peratus tahun ke tahun.

LYNK & CO, jenama baru di bawah Geely Holding bagi mencipta generasi baru pengguna automotif di kawasan bandar turut mencatatka­n keputusan kukuh sejak dilancarka­n pada Disember 2017 dengan jumlah jualan bagi separuh pertama 2018 mencapai 46,252 unit.

Kenderaan LYNK & CO adalah berdasarka­n Compact Modular Architectu­re (CMA) dibangunka­n bersama Volvo Cars dan Geely Auto untuk menyokong generasi kenderaan baru yang kompak.

Kenyataan itu turut berkata, beberapa tahun yang lalu, Geely Holding juga berjaya menyelesai­kan beberapa pengambila­lihan yang membolehka­nnya memperluas­kan lagi kehadiran dalam pasaran global.

Katanya, ia juga sebahagian daripada transforma­sinya daripada pembuat kereta tradisiona­l kepada kumpulan perkhidmat­an mobiliti berasaskan teknologi.

Tahun lalu, kumpulan menyelesai­kan pengambila­lihan Terrafugia, syarikat kereta terbang Amerika Syarikat selain memperoleh 51 peratus kepentinga­n dalam Lotus, jenama kereta sukan ikonik British.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia