Harian Metro

BUKTI BERSIH

- Agensi

 Pekerja kilang basuh makanan

dalam bekas kencing

Bagi membuktika­n tandas mereka sangat bersih, pekerja di sebuah kilang makanan di Zhangpu di wilayah Fujian, tenggara China membasuh dan meletakkan makanan di tempat kencing sebelum memakannya.

Tidak cukup dengan itu, sekumpulan pekerja dari satu jabatan di kilang berkenaan turut meletakkan meja dan menikmati makan tengah hari di dalam tandas.

Seorang pengurus memberitah­u, amalan ganjil itu adalah sebahagian program latihan untuk menunjukka­n tahap kebersihan di kilang berkenaan.

Dalam satu video yang dirakam pada Isnin lalu, seorang timbalan pengurus besar kilang berkenaan dilihat meletakkan bebola nasi di dalam tempat kencing di dalam tandas.

Dia kemudian meletakkan beberapa bahan lain sebelum menggaul makanan itu di dalam tempat kencing berkenaan.

“Lihat, saya menggaulny­a lebih 20 kali. Sekarang, biar saya menjadi orang pertama memakannya,” kata wanita itu sambil mengambil bebola nasi itu dan terus menggigitn­ya.

Beberapa pekerja kemudian dilihat mengambil makanan itu dan makan di atas meja yang turut dihidangka­n sayuran, ayam serta sup.

Portal Pear Video yang menyiarkan video berkenaan berkata, semua mereka adalah pekerja di kilang Tenfu Group, sebuah syarikat yang membuat teh.

“Dalam sebahagian program latihan, kami meminta pekerja membersihk­an tandas. Setiap kali tandas ini dibersihka­n mereka akan menikmati makanan di dalamnya.

“Ini adalah tradisi kami sejak 25 tahun lalu,” jelasnya.

Video berkenaan tular di media sosial di China dan ditonton lebih 770,000 kali serta mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna.

Ramai pengguna media sosial terkejut dengan video berkenaan dan menganggap tindakan pekerja itu sebagai sangat menjijikka­n.

“Apa yang mereka fikirkan? Ini sangat menjijikka­n,” kata seorang pengguna.

 ??  ?? TIMBALAN pengurus besar kilang berkenaan dilihat menggaul bebola nasi di dalam tempat kencing. - Agensi
TIMBALAN pengurus besar kilang berkenaan dilihat menggaul bebola nasi di dalam tempat kencing. - Agensi
 ??  ?? WANITA itu kemudian dilihat mengambil bebola nasi berkenaan sebelum memakannya. - Agensi
WANITA itu kemudian dilihat mengambil bebola nasi berkenaan sebelum memakannya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia