Harian Metro

Wanita tanam mayat bekas suami untuk jadi baja

-

Moscow: Seorang wanita ditangkap selepas membunuh bekas suaminya sebelum memotong mayat mangsa menggunaka­n gergaji rantai dan menanam anggota badan itu di kebun sayur untuk dijadikan baja.

Olga Sterlyadev­a, 32, menetak leher Alexander dengan kapak dua kali ketika lelaki itu tidur sebelum memotong mayat mangsa menggunaka­n gergaji besi di rumahnya di kampung Staroe Slyakovo di wilayah Tatarstan.

Ibu kepada tiga anak itu pada mulanya membiarkan mayat Alexander, 32, yang ditutup dengan tanah di bilik bawah tanah sebelum menanam anggota badan mangsa di kebun sayurnya di belakang rumah.

Akhbar Moskovsky Komsomolet­s melaporkan, pasangan itu sudah berpisah tetapi masih tinggal bersama di rumah berkenaan kerana Alexander tiada wang untuk berpindah.

Olga dilaporkan membunuh bekas suaminya kerana masih berdendam dan tidak dapat memaafkan lelaki itu kerana curang sepanjang perkahwina­n mereka.

Lelaki itu dilaporkan hilang selama lebih enam minggu sebelum polis menemui mayatnya yang dipotong-potong dan ditanam di kebun sayur di rumah berkenaan baru-baru ini.

Olga mengaku membunuh bekas suaminya dan memberitah­u, dia menanam mayat mangsa di kebun untuk dijadikan baja kepada sayuran yang ditanamnya.

Polis memberitah­u, wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut dan berdepan hukuman penjara 15 tahun sekiranya didapati bersalah membunuh bekas suaminya. - Daily Mail

 ??  ?? ALEXANDER
ALEXANDER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia