Harian Metro

Bekas Presiden Korea Selatan dihukum penjara

-

Seoul: Mahkamah Korea Selatan semalam, menjatuhi hukuman penjara lapan tahun ke atas bekas Presiden Park Geun-hye selepas didapati bersalah menyebabka­n kehilangan dana kerajaan dan campur tangan dalam pilihan raya Parlimen pada 2016.

Pada April lalu, mahkamah rendah menjatuhi hukuman penjara 24 tahun ke atas Geun-hye atas pelbagai kesalahan, termasuk rasuah, penyalahgu­naan kuasa dan melakukan paksaan.

“Kesemua hukuman dijalankan serentak,” kata jurucakap mahkamah.

Geun-hye adalah pemimpin pertama Korea Selatan yang dipaksa melepaskan jawatannya atas arahan Mahkamah Perlembaga­an, susulan pendedahan pembabitan­nya dalam skandal rasuah antara pemimpin politik dan konglomera­t utama negara itu atau Chaebol.

Namun, Geun-hye, 66, mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu dan tidak hadir di mahkamah ketika hukuman ke atasnya dibacakan.

Mahkamah Daerah Tengah Seoul mendapati Geun-hye mengadakan pakatan sulit dengan beberapa bekas pembantuny­a, yang menyebabka­n kehilangan kira-kira AS$26.49 juta (RM108.670 juta) dana kerajaan yang disalurkan ke Perkhidmat­an Perisikan Kebangsaan (NIS).

Wang berkenaan adalah dari ‘dana aktiviti khas’ yang diperuntuk­kan kepada agensi risikan itu.

NIS menerima peruntukan sebanyak AS$3.52 juta (RM14.31 juta) setiap tahun tetapi ia dikecualik­an daripada audit atau laporan Parlimen.

Bulan lalu, dua daripada tiga bekas pengarah NIS yang terbabit dalam penyelewen­gan itu sudah dijatuhi hukuman penjara tiga setengah tahun, manakala seorang lagi pengarah dikenakan hukuman penjara tiga tahun. - Reuters

 ??  ?? GEUN-hye
GEUN-hye

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia