Harian Metro

MANGSA ‘BOT ITIK’

- Reuters

Sekurang-kurangnya 11 penumpang termasuk kanak-kanak maut dan lima lagi hilang kelmarin selepas sebuah bot amfibia atau dikenali sebagai ‘bot itik’ yang dinaiki 31 penumpang karam di sebuah tasik di sini.

Sherif daerah Stone, Doug Rader berkata, tujuh penumpang dibawa ke hospital susulan insiden kenderaan amfibia ‘Ride the Ducks’ karam akibat cuaca buruk di Tasik Table Rock berhampira­n Branson di Amerika Syarikat (AS) di sini.

Rader dalam sidang media berkata, sekurang-kurangnya 11 maut dalam insiden itu ketika penyelam selesai usaha pencarian sehingga malam dan akan meneruskan­nya pagi semalam.

Kru kecemasan bergegas ke tempat kejadian sejurus jam 7 petang (waktu tempatan) selepas ribut membadai kawasan itu, kata jabatan bomba di Twitter.

“Angin kencang tiba-tiba melanda dan bot itu mengalami masalah. Sebenarnya ada dua bot, sebuah lagi berjaya kembali ke daratan, manakala sebuah lagi karam,” katanya.

Rakaman video diambil saksi di pantai menunjukka­n ombak kuat memukul dua ‘bot itik’, menyebabka­nnya

 11 penumpang maut, 5 hilang

kenderaan amfibia karam

senget ke tepi. Klip video itu dihantar dalam talian oleh saluran KY3.

“Keutamaan kami ialah keluarga mangsa dan kakitangan yang terjejas akibat nahas tragik ini.

“Sehingga kini kami membantu pihak berkuasa ketika mereka meneruskan operasi mencari dan menyelamat,” kata jurucakap Ripley Entertainm­ent yang memiliki operasi Ride The Ducks di Branson, Suzanne Smagala-Potts.

Dia bagaimanap­un, tidak dapat mengesahka­n berapa ramai kru berada dalam bot terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia