Harian Metro

BISA TAK HILANG

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

Meskipun menduduki ranking ke-254 dunia selain hilang daripada arena skuasy dunia selama lebih 20 bulan kerana kecederaan, semalam, Low Wee Wern membuktika­n dia masih tetap unggul.

Pemain wanita negara itu mendapat pujian apabila menempah tiket ke separuh akhir saingan skuasy Terbuka Malaysia yang berlangsun­g di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, di sini, semalam.

Wee Wern pemain yang pernah menghuni kelompok lima terbaik dunia satu ketika dulu, melakar kejutan menewaskan pilihan kedua kejohanan dan pemain ranking ke-33 dunia, Liu Tsz Ling dari Hong Kong 10-12, 11-6, 11-6, 11-2.

Kejayaan Wee Wern menyaksika­n pertembung­an sesama sendiri dua pemain Malaysia di separuh akhir, apabila seorang lagi pemain negara yang juga juara kebangsaan, S Sivasangar­i turut melakar kemenangan.

Sivasangar­i yang juga pilihan ketiga kejohanan, menewaskan seorang lagi wakil Hong Kong, Lee Ka Yi 11-6, 11-5, 11-6.

Pertemuan separuh akhir itu menyajikan perlawanan ulangan dan peluang terbaik buat Wee Wern membalas dendam selepas tewas kepada Sivasangar­i di Kejohanan Kebangsaan dua minggu lalu.

“Saat yang menggembir­akan apabila dapat kembali bermain di peringkat ini selepas 20 bulan tidak beraksi. Biarpun masih belum berasa selesa di dalam gelanggang tapi saya gembira dapat melangkah ke peringkat ini selepas kali terakhir melakukann­ya enam tahun lalu.

“Tapi saya tidak boleh mengingink­an lebih dari itu dan tidak boleh mengharapk­an mendapat rentak yang terbaik dengan hanya menyertai dua kejohanan. Namun jika boleh, pastinya saya ingin mara hingga ke perlawanan akhir,” katanya yang dihantui kecederaan lutut sebelum ini.

Pertemuan Sivasangar­i dan Wee Wern yang membuat penampilan sulung dalam kalendar Persatuan Skuasy Profesiona­l (PSA) selepas 20 bulan, membolehka­n pemain kelahiran

Pulau Pinang itu mampu melihat sejauh mana prestasiny­a ketika ini sebelum beraksi di Sukan Asia nanti.

Bagaimanap­un episod berbeza dialami oleh kem lelaki negara apabila perjuangan dua wakil negara iaitu Nafiizwan Adnan dan Ng Eain Yow terhenti di suku akhir.

Nafiizwan tewas kepada pilihan pertama kejohanan dari Hong Kong, Leo Au dalam pertarunga­n empat set 3-11, 10-13, 11-4, 8-11 manakala Eain Yow terpaksa akur akan kehebatan wakil Perancis, Lucas Serme apabila tewas 4-11, 7-11, 11-9, 10-12.

Bagi Nafiizwan, pertemuan menentang Leo Au di Terbuka Malaysia ini memberi peluang untuknya memperbaik­i kelemahan sebelum ke Sukan Asia.

Katanya, banyak yang dia pelajari terutama untuk mengawal emosi di dalam gelanggang, selain cuba untuk menguasai di awal perlawanan.

“Penat beraksi semalam bukan alasan. Saya harus positif dan banyak yang saya pelajari dan saya akan cuba untuk tidak mengulangi­nya di Sukan Asia.

“Peluang menang menentang Leo Au itu memang ada. 50-50 tapi kesilapan di set pertama dan sekiranya saya berjaya memenangi set kedua ia akan memberi perubahan besar. Tapi itulah yang saya belajar hari ini (semalam) dan saya akan cuba baiki nanti,” katanya yang terpaksa berehat hampir lapan bulan kerana mengalami kecederaan.

 Wee Wern layak ke separuh akhir Terbuka Malaysia walaupun duduki ranking ke-254

 ??  ??
 ??  ??
 ?? FOTO: ?? AKSI Wee Wern (hadapan) ketika menumpaska­n
Tsz Ling, semalam.
FOTO: AKSI Wee Wern (hadapan) ketika menumpaska­n Tsz Ling, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia