Harian Metro

Trio compound sasar podium

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Trio compound negara menetapkan sasaran untuk menaiki podium Sukan Asia di Indonesia bulan depan walaupun tidak banyak menyertai kejohanan di pentas antarabang­sa sebagai persiapan.

Jelas pemanah utama negara, Juwaidi Mazuki sejak awal tahun ini, mereka hanya menyertai siri Piala Asia di Bangkok (Mac) dan siri Piala Dunia di Shanghai (April) sebagai persiapan menghadapi temasya sukan terbesar Asia itu.

“Namun ia bukan alasan kerana kami mahu mendapatka­n sesuatu apabila tampil pada temasya besar seperti ini. Malah kami sudah lama bersama sebagai satu pasukan, sesuatu yang diharapkan mampu memberikan kelebihan berbanding lawan lain.

“Pada saingan di Jakarta nanti, kami mahu sekurang-kurangnya mampu menaiki podium namun tetap mengambil sikap berwaspada dengan lawan yang turut melakukan persiapan rapi,” tegasnya.

Juwaidi dijangka menggalas cabaran negara bersama gandingann­ya Zulfadli Ruslan dan Lee Kin Lip yang sudah meraih pelbagai kejayaan di pentas antarabang­sa termasuk perak pada Piala Asia di Bangkok, tewas kepada Russia di final.

Compound pada awalnya tidak dipertandi­ngkan di Sukan Asia sebelum penganjur membuat kejutan kembali menyenarai­kannya namun tiada acara individu dengan hanya berpasukan lelaki, berpasukan wanita dan campuran dipertandi­ngkan.

“Selain Korea Selatan, ada beberapa negara yang kuat di Asia seperti India, Taiwan dan Iran. Kami akan memberikan persembaha­n sebaik mungkin,” katanya.

 ??  ?? DARI kiri, Zulfadhli, Juwaidi dan Lip Lee raih emas pada Sukan SEA lalu.
DARI kiri, Zulfadhli, Juwaidi dan Lip Lee raih emas pada Sukan SEA lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia