Harian Metro

United nyaris tewas ALISSON REDS PUNYA!

- AFP

Los Angeles: Juan Mata menyelamat­kan Manchester United menerusi jaringan penyamaan pada minit ke-78 untuk membantu pasukannya terikat 1-1 menentang Club America pada aksi pertama pramusim di Phoenix, Arizona, semalam.

Tandukan Henry Martin pada minit ke-59 yang gagal diselamatk­an Joel Pereira membolehka­n pasukan dari Mexico itu mendahului pada aksi di Stadium Universiti Phoenix.

Gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengikat kedudukan ketika aksi berbaki 12 minit apabila hantaran lintang pemain muda, Tahith Chong menemui Ander Herrera, namun tandukan pemain tengah itu mengenai tiang gol.

Percubaan Herrera itu melantun ke arah Mata yang kemudianny­a melepaskan rembatan voli menerusi celah kaki penjaga gol gantian, Oscar Jiminez.

United turun tanpa kelibat ramai bintang yang sedang berehat selepas beraksi di Piala Dunia termasukla­h Romelu Lukaku, Jesse Lingard dan Marcus Rashford.

David de Gea, Nemanja Matic dan pemain baru, Fred dijangka menyertai pasukan minggu hadapan sementara pemain Chile, Alexis Sanchez turut akan menyertai pasukan selepas menyelesai­kan isu membabitka­n visanya.

“Kami tahu mereka akan memberikan saingan yang sengit kerana mereka sudah menjalani latihan seminggu lebih awal. Jadi mereka berada dalam keadaan yang lebih baik,” kata Mata.

“Kelab Mexico sentiasa menjadi lawan yang sukar, mereka sering memberikan tekanan. Mereka memiliki kepantasan dan itulah yang ditunjukka­n mereka pada aksi hari ini (semalam).

“Namun, kami berjaya mendapatka­n satu gol dan kami gembira dengan keputusan ini. Kami juga gembira kerana tiada pemain yang mengalami kecederaan.”

United akan meneruskan jelajah mereka dengan menentang pasukan Liga Bolasepak Major (MLS), San Jose Earthquake­s di Stadium Levis, Ahad ini. -AFP

Liverpool, England

Liverpool melengkapk­an pembelian penjaga gol Brazil, Alisson dari AS Roma dengan rekod 72.5 juta euro (RM343 juta) dari kelab Itali itu.

“Pemain berusia 25 tahun itu menandatan­gani kontrak panjang dengan Reds selepas menjalani ujian perubatan dan melengkapk­an formaliti perpindaha­n di (pusat latihan) Melwood hari ini (semalam),” menurut laman sesawang Liverpool.

Roma mengesahka­n nilai perpindaha­n Alisson yang tampil pada Piala Dunia di Russia.

“AS Roma mengesahka­n Alisson Becker melengkapk­an perpindaha­n ke Liverpool dalam perjanjian bernilai 72.5 juta euro,” menurut kelab Serie A itu menerusi akaun Twitter.

Alisson adalah pemain utama ditandatan­gani Juergen Klopp yang terdesak untuk mendapatka­n penjaga gol baru bagi menggantik­an Loris Karius berikutan persembaha­n teruknya pada final Liga Juara-Juara berdepan Real Madrid.

Chelsea juga dikaitkan dengan Alisson yang memulakan kariernya bersama Internacio­nal di Brazil sebelum berhijrah ke Roma dua tahun lalu.

“Saya amat gembira, ia impian menjadi kenyataan untuk memakai jersi berprestij kelab sebesar ini yang

 Ikat kontrak jangka panjang selepas jalani ujian perubatan

 ??  ?? GOL penyamaan Mata (kiri) selamat maruah United.
GOL penyamaan Mata (kiri) selamat maruah United.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia