Harian Metro

NAFI SPEKULASI

- AFP

Bintang Brazil, Neymar semalam menafikan spekulasi mengenai masa depannya sambil menegaskan dia merancang untuk kekal bersama kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain.

“Saya akan kekal, saya kekal di Paris, saya ada kontrak,” kata Neymar kepada wartawan pada lelongan mengutip wang untuk yayasan kebajikan di Sao Paulo.

Neymar, yang bergelar pemain termahal dunia tahun lalu selepas berpindah ke PSG dari Barcelona dengan rekod 222 juta euro (RM1.05 bilion), kerap kali dikaitkan dengan perpindaha­n ke Real Madrid.

Juara Eropah itu mengeluark­an

 Neymar tegaskan dia mahu kekal dengan PSG

(gambar)

kenyataan sejak beberapa minggu lalu menafikan mereka berminat mendapatka­n khidmat pemain berusia 26 tahun itu.

Spekulasi Neymar berpindah ke Bernabeu berterusan sejak perpindaha­n mengejut Cristiano Ronaldo ke Juventus, perkembang­an yang menyaksika­n kekosongan di Madrid untuk pemain elit.

“Ketika banyak laporan mengaitkan pemain PSG, Neymar Jr ke kelab kami, Real Madrid CF mahu menjelaska­n bahawa kelab tidak berminat untuk membuat sebarang tawaran kepada pemain itu,” menurut kenyataan Real Madrid, minggu lalu.

“Kedua-dua kelab memiliki hubungan baik dan kerana itu jika Real Madrid mahu memastikan khidmat pemain

PSG, mereka akan terlebih dulu bertanya kepada kelab itu.”

Walaupun

Neymar menegaskan dia akan kekal di Paris, laporan terus mengaitkan perpindaha­n itu mungkin akan berlaku.

Media Britain melaporkan, semalam PSG bersedia untuk menjual Neymar. kebelakang­an ini dikatakan sebagai faktor keinginann­ya untuk meninggalk­an Madrid.

Ronaldo bagaimanap­un menafikan tuduhan penipuan ketika hadir di mahkamah tahun lalu dengan mengatakan: “Saya selalu membayar apa yang saya perlu bayar, saya melakukan perkara yang betul dan saya akan teruskan.”

Selepas mengulangi hasratnya meninggalk­an Madrid apabila menjuarai Liga Juara-Juara baru-baru ini, dia bersetuju untuk membayar sejumlah € 18.8 juta (RM88 juta) untuk menamatkan kes berkenaan dan kemudian melengkapk­an perpindaha­n ke Juventus.

- Agensi

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia