Harian Metro

Undi semula acara bola sepak

-

Kuala Lumpur: Setiausaha Agung Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor John Paul mengesahka­n undian semula acara bola sepak Sukan Asia Indonesia akan dilakukan dalam tempoh terdekat ini.

Katanya, sehingga kini Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankua­sa Penganjura­n Sukan Asia Indonesia (INASGOC) belum memaklumka­n kepada pihaknya sama ada undian itu akan membabitka­n semua pasukan atau hanya dua tercicir pada undian awal iaitu Emiriah Arab Bersatu dan Palestin.

“Setahu saya tidak ada undian hari ini (semalam). Kita belum terima surat rasmi daripada dari OCA dan Indonesia. Mungkin undian semula itu pada awal minggu depan.

“Apa yang dimaklumka­n kepada kita, undian semula itu pasti akan dibuat, tapi sama ada hanya membabitka­n dua pasukan saja atau semua pasukan itu yang kita masih menunggu keputusann­ya,” katanya ketika dihubungi Sukan NSTP semalam.

Keputusan untuk mengadakan undian semula itu mengejutka­n ramai pihak termasuk jurulatih skuad bawah 23 tahun negara (B-23) Datuk Ong Kim Swee memandangk­an ia dilihat boleh menjejaska­n persiapan pasukan menjelang saingan bermula pada 14 Ogos ini.

Undian bola sepak Sukan Asia dilakukan di Jakarta pada 5 Julai lalu, membabitka­n 24 pasukan dalam enam kumpulan dengan menyaksika­n Malaysia bakal bertemu juara bertahan, Korea Selatan, Kyrgyzstan dan Bahrain bagi Kumpulan E.

Bagaimanap­un, difahamkan undian semula itu dilakukan susulan bantahan daripada UAE yang tidak berpuas hati apabila pasukan mereka tercicir dalam undian awal itu bersama dengan Palestin akibat masalah teknikal.

Malah, India yang sebelum ini tidak mahu menghantar skuad bola sepak mereka dilaporkan mahu membuat ‘pusingan U’ kerana mahu mengambil bahagian semula.

Menurut Windsor, AFC tidak boleh campur tangan dalam isu itu kerana semua keputusan tertakluk kepada OCA dan INASGOC.

“Kita cuma bantu saja. Keputusan dibuat oleh OCA dan Indonesia. Jadi, kita tak tahu sebab sebenar undian semula ini dilakukan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia