Harian Metro

Anak yatim selamat asrama terbakar

-

Petra Jaya: Tindakan pantas penghuni asrama lelaki di rumah anak yatim Kompleks Laila

Taib, di sini, berjaya menyelamat­kan kediaman mereka daripada musnah dalam kebakaran, tengah hari semalam.

Sumber berkata, kanakkanak itu menggunaka­n tiga unit alat pemadam api jenis debu kering untuk memadam api yang menyambar tilam salah seorang penghuni.

“Jika mereka panik, mungkin salah satu bilik atau keseluruha­n asrama itu sudah musnah kerana api marak dengan cepat.

“Tambahan pula, cuaca terlalu panas sekarang dan kejadian itu berlaku waktu tengah hari yang berangin,” katanya yang enggan mendedahka­n identiti.

Difahamkan, kira-kira 10 anak yatim tinggal di bilik berkenaan.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.38 tengah hari.

Beliau berkata, setibanya di lokasi didapati kebakaran itu sudah berjaya dipadam.

“Pemeriksaa­n mendapati, kebakaran berlaku di sebuah katil bertingkat dan api memusnahka­n tilam serta merebak ke dinding dan bumbung.

“Anggota kami membuat pemeriksaa­n rapi untuk memastikan kebakaran itu padam sepenuhnya dan tiada tanda api akan tercetus semula,” katanya yang turut menegaskan siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian itu.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN asrama lelaki rumah anak yatim Kompleks Laila Taib yang musnah dalam kebakaran di Samariang.
KEADAAN asrama lelaki rumah anak yatim Kompleks Laila Taib yang musnah dalam kebakaran di Samariang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia