Harian Metro

Serbu dadah jumpa pistol

-

Bau: Serbuan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau di sebuah rumah di Kampung Grogo di sini, untuk membantera­s aktiviti penyalahgu­naan dadah tetapi menemui sepucuk pistol tiruan.

Bagaimanap­un, operasi jam 12.05 tengah hari, Rabu lalu, membawa kepada penemuan yang lebih mengejutka­n iaitu sepucuk pistol tiruan hampir menyerupai senjata api sebenar.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superinten­dan Mohd Sabri Zainol berkata, pistol itu menyerupai pistol jenis P99 DAO, ditemui tersorok di dalam rangka konkrit di atas tingkap luar rumah.

Menurutnya, susulan penemuan itu menyebabka­n enam suspek berusia 16 hingga 32 tahun ditahan dan senjata api dirampas termasuk dua peket plastik lut sinar kecil serta besar mengandung­i butiran kristal dipercayai dadah seberat 1.53 gram.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 untuk mengenal pasti tujuan pemilikan pistol tiruan terbabit.

“Sabit kesalahan, pemiliknya boleh dihukum penjara tidak lebih satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Mohd Sabri berkata, ujian saringan awal air kencing terhadap enam suspek mendapati semuanya positif dadah jenis methamphet­amine.

“Seorang daripada suspek itu mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan penyalahgu­naan dadah,” katanya yang memaklumka­n semua suspek direman empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan.

Menurutnya, selain Akta Senjata 1960, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

 ??  ?? PISTOL tiruan yang menyerupai pistol jenis P99 DAO yang dirampas.
PISTOL tiruan yang menyerupai pistol jenis P99 DAO yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia