Harian Metro

KOMPAUN RM114,418

KPDNHEP rampas barangan tiruan, cetak rompak RM4.5 juta

- Ryan Stanley cnews@nstp.com.my

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas pelbagai barangan tiruan dan cetak rompak bernilai lebih RM4.5 juta di negeri ini sepanjang Januari hingga kelmarin.

Timbalan Pengarah yang juga Ketua Pegawai Penguatkua­sa KPDNHEP Sabah V Ravichandr­an berkata, semua barangan yang dirampas itu membabitka­n 338 kes termasuk 64 kes yang disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan (APD) 2011.

“Sepanjang tempoh berkenaan juga, 19,333 premis di seluruh negeri diperiksa dan daripada kes yang dibuka, beberapa premis dikenakan kompaun dengan jumlah keseluruha­n RM114,418 setakat ini,” katanya ketika sidang media di sini, semalam.

Ravichandr­an berkata, 24 kes dikesan bagi barang tiruan dan 5,478 unit barangan disita dengan nilai rampasan lebih RM114,000.

“Daripada 24 kes ini, sebanyak 11 kes dikompaun, manakala 13 lagi masih dalam siasatan dengan tindakan dibuat mengikut Seksyen 8 (2) (b) dan Seksyen 8 (2) (c) APD 2011,” katanya.

Bagi kes mengikut tindakan label cakera optik pula, Ravichandr­an berkata, 21 kes dikesan membabitka­n penyitaan sebanyak 5,353 unit bernilai RM259,799.40.

“Daripada 21 kes berkenaan, sebanyak empat kes dikenakan kompaun dan kompaun yang terkumpul ialah RM4,000, manakala 17 kes lagi masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 13 barang yang sering diciplak dipantau termasuk barangan jenama Adidas, Nike, Reebok, LG, Levis dan Ariani membabitka­n jersi, baju, selendang, tudung, kasut dan dompet.

“Selain itu, barangan elektrik jenama Sandisk seperti Pouch HP, pengecas telefon bimbit, kabel USB, ‘USB data line’, ‘travel adapter’, fon telinga dan pelbagai lagi perkakasan telefon bimbit serta komputer turut diperiksa,” katanya.

FAKTA

Barang yang dirampas babitkan

338 kes

 ??  ?? RAVICHANDR­AN (tengah) pada sidang media mengenai rampasan pelbagai barang tiruan dan cetak rompak di Stor Eksibit KPDNHEP, Kolombong.
RAVICHANDR­AN (tengah) pada sidang media mengenai rampasan pelbagai barang tiruan dan cetak rompak di Stor Eksibit KPDNHEP, Kolombong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia